innity

pages

Thursday, July 14, 2016

Polis tembak mati suspek bunuh empat ahli keluarga


GEORGETOWN: Polis menembak mati suspek utama kes bunuh empat sekeluarga di Batu Maung, semalam berdekatan kuil Buddha Kek Lok Si, di Jalan Pasar, dekat Air Itam, petang tadi. 

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Husain, sebentar tadi. 

Dalam kejadian 2.55 pagi semalam, empat sekeluarga mati ditembak, dipercayai oleh anggota keluarga sendiri menggunakan pistol, di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung. 

Suspek kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda milik kilang berkenaan dan meninggalkannya di Bukit Mertajam. Tiada senjata ditemui dalam kenderaan yang ditinggalkan itu. - BH


1 comment:

  1. Tahniah kpd pdrm atas tindakan. PDRM perlu ganas dlm menangani jenayah berat..penjenayah ganas dan tidak endahkan undang-undang..polis perlu ganas dan ketepikan undang-undang buat sementara dan laksana tugas mcm yg dilaksanakan..beres..tutup kes..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com