innity

pages

Saturday, July 30, 2016

[SPRM, IMIGRESEN] Aziz Bari Persoal ROMBAKAN Pegawai Tinggi Kerajaan: Timbulkan Kebimbangan



Pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari hari ini mempersoalkan sekiranya pertukaran dalam perkhidmatan awam dilakukan mengikut norma dan amalan yang diterima.
Aziz berkata Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad bukan benar-benar merupakan pegawai kanan ketika di Jabatan Peguam Negara.
"Pelantikan ini dan rombakan pegawai tinggi tertentu - terutamanya dalam SPRM dan Imigresen - telah menimbulkan kebimbangan dalam beberapa kumpulan; termasuk dalam perkhidmatan kerajaan," kata Aziz kepada Malaysiakini.
Walaupun beliau mengakui langkah itu tidak pernah berlaku sebelum ini, pemimpin DAP Selangor itu berkata, kerajaan perlu lebih berhati-hati berikutan skandal 1MDB.
"Ia mesti memastikan bahawa integriti (perkhidmatan awam) - yang amat berhubung dengan (dasar) berkecuali - tidak terjejas," kata Aziz.
"Dari segi perlembagaan, perkhidmatan awam perlu menjadi neutral dan itulah sebabnya ia telah menyediakan perlindungan tertentu termasuk pencen, disiplin, kenaikan pangkat dan sebagainya."
Beliau berkata pejabat Yang di-Pertuan Agong nampaknya digunakan untuk menghalalkan kenaikan pangkat pegawai-pegawai tertentu, dan kemungkinan diturun pangkat dan dibuang kerja.
"Walaupun ia adalah tidak realistik untuk mengharapkan Agong membuat keputusan sendiri, Perlembagaan telah merangka satu sistem di mana terdapat semak dan imbang serta ketelusan apabila ia datang kepada proses di atas," katanya.
Aziz juga tertanya-tanya mengapa jawatan panglima angkatan tentera masih dipegang oleh panglima tentera darat.
Beliau mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada penggiliran jawatan tersebut di kalangan panglima tentera darat, laut dan udara seperti dilaksanakan bertahun-tahun yang lalu.
"Lebih-lebih lagi apabila penyandang sekarang telah melampaui umur persaraan wajib 60 tahun," katanya.
Semalam, tiga pegawai atasan SPRM - Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali - mengucapkan selamat tinggal kepada agensi itu.
Abu Kassim akan terus berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan anti-rasuah sehingga bersara wajib pada 2020, manakala Shukri difahamkan bersara daripada perkhidmatan awam.
Sementara itu, Mustafar dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen yang baru berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. - MK

1 comment:

  1. PROPESOR SERBA TAHU MENYALAK LAGI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com