innity

pages

Monday, July 11, 2016

Sorok perangkap laju: Mahu Selamatkan nyawa atau CARI DUIT?

PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan tindakan polis memasang perangkap had laju di lebuh raya secara tersembunyi.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia seolah-olah membuktikan agenda utama pihak berkuasa ialah mengaut keuntungan daripada saman terhadap pengguna jalan raya.
“Jikalau menyelamatkan nyawa para pengguna lebuhraya menjadi keutamaan perangkap hadlaju, maka sepatutnya perangkap hadlaju harus dipasang di selekoh-selekoh maut lebuhraya secara terang-terangan tanpa perlu bersembunyi,” kata beliau.
Polis mempertingkatkan perangkap had laju di beberapa lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang, di bawah Ops Selamat yang dilancarkan pada 28 Jun sempena musim perayaan.
Tuan Ibrahim berkata, pengguna lebuhraya sepatutnya diberikan amaran seawal 5km sebelum melalui perangkap had laju agar dapat mengurangkan kelajuan dan memastikan kadar laju yang selamat.
“Ini sebenarnya tujuan asal perangkap had laju di mana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa dan bukannya sebagai alat mendenda dan menghukum,” katanya.
Tuan Ibrahim mengingatkan pihak berkuasa jangan sekadar menyaman pengguna jalan raya, sebaliknya perlu memberi tekanan kepada syarikat konsesi tol yang masih belum menyelsaikan isu kesesakan setiap kali musim perayaan.
“PAS mencadangkan agar ditarik balik kuasanya untuk mengutip tol sepanjang musim perayaan dan cuti kerana lebuhrayanya tidak dapat memberikan manfaat penjimatan masa dan minyak yang setimpal dengan kadar tol yang dikenakan pada para pengguna lebuhraya.” - FMT

11 comments:

  1. Elok lah tu Tuan Man...buatlah satu alternatif lain untuk kutip keuntungan selain saman had laju dan kurangkan kemalangan dijalanraya..jgn pandai nak salahkan polis saja..membangkang senang..nak cari jalan mengatasi masalah bukan mcm makan nasi dgm minum air...

    ReplyDelete
  2. Itulah namanya Perangkap Had Laju,kalau dah tersembul tunjuk bukan namanya perangkap LG.

    ReplyDelete
  3. Apa nak takut kalau patuh had laju. Macam hudud juga, apa nak takut jika tidak buat salah.

    ReplyDelete
  4. Tujuan perangkap laju adalah utk mendidik pemandu agar sentiasa mematuhi undang undang...kelajuan boleh membunuh. Kalau ikut cadangan tuan man...undang undang dipatuhi jika ada polis atau ternampak aes

    ReplyDelete
  5. Yang Tuan Ibrahim nak bagi tahu bukan suruh pandu laju, tapi tujuan kerajaan pasang alat tu untuk cari duit saja! Itu pun tak faham ka?

    ReplyDelete
  6. Pemandu Kat Malaysia ni cuma patuh undang2 jika didepan kemera ataupun polis trafik. Padahal undang2 itu dibuat untuk keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yg lain. Adalah lebih baik jika sistem kejara diaktifkan balik. Setakat bayar saman rm300.00 tu apa ada hal bagi mereka yg memandu kereta mewàh.

    ReplyDelete
  7. Bukan kaedah perangkap had laju yang patutnya dipersalahkan,tp SOP polis,guna perangkap had laju then hantar saman,pengguna cuma tahu bila saman sampai..
    Sepatutnya SOP diubah,guna perangkap had laju then tahan dan saman..bukan saman hantar guna pos..baru betul,pengguna yang kena saman pun tahu kesalahan yang dibuat..
    Tak gentle la abg-abg polis,pakai seragam smart2.tapi duk meyorok salam semak,celah jambatan.pengguna berjak untuk mengetahui tarikh,tempat,masa dan jenis kesalahan..kita pengguna tak sedar bila dan mass kota melakukan kesalahan..alih2 sampai surat saman..mana nk ingat time kena saman berapa kita bawak keta,polis mesti gentle..buat salah,saman on the dot,kita pengguna pun puas hari.

    ReplyDelete
  8. Saman bepuluh puluh bagi kenderaan berat terutama bas express apa citer, pdrm, jpj n spad terlepas pandang lagi ker

    ReplyDelete
  9. Buat Speed trap secara terang2ngan dekat kawasan yg kerap kemalangan untuk tujuan mengurangkan kemalangan. Kawasan yg xda kemalangan xpayah la nak buat speed trap sebab kawasan tu selamat utk bawa laju. Betul lah cadangan tu. Kenapa ada org yg tak setuju pulak?

    ReplyDelete
  10. Tn Brahim,

    Sedutan dr filem p ramlee sarjan Hassan:-

    Ajis: Tuan,Ada satu trak jepun di biarkan tinggal di hujung kpg Sana

    Hassan: Jgn tuan,ini perangkap, perangkap tuan

    Ajis: Aku tk perlu ikut ckp kau bodoh.

    Sekian, terimakasih

    ReplyDelete
  11. Boleh ambil panduan di Australia

    "Anytime & Anywhere"


    Perangkap Laju di beri peringatan di saluran Radio utama & terdapat tanda perangkap Laju "Anytime & Anywhere" yg jelas. Tanda halaju di semua Jalan & bukan hanya bertumpu di jalan2 utama shj.

    Notis yg cukup untuk pematuhan secara langsung mendisiplin pemandu

    Pendapat Datuk ni mungkin juga ada benarnya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com