innity

pages

Thursday, July 21, 2016

Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga


Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.
Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.
"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.
"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.
Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.
Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.
Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat. -MK


7 comments:

  1. harta 1mdb diluar negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm apa jua keadaan siasatan dan tangkapan ...polis,dan pihak berkuasa lain lainya....didapati lebih mudah tangkap melayu dulu dan baru dot tahu betapa panjang ekornya....melayu mmg bodoh...hasil melanun ke duit mudah ke ..nie...suka sgt menunjuk dan ditunjukkan hasi melanunnya...joli enjoy barangan meeah dsbnya...dari riza aziz sampailah ke pemimpin umno...trend nya sama...thk org politik..dulu kuli kang je...kapcai buruk roadtax pun piang...bila berpolituk dan punya kedudukan..kereta mewah penuh laman ...hiduo mewah...sb..harta free...senang pihak berkuasa siasat dan tangkap..org cina...relax je...tambah kedai tambah saham..mmg melayu bodo.

      Delete
    2. Dlm apa jua keadaan siasatan dan tangkapan ...polis,dan pihak berkuasa lain lainya....didapati lebih mudah tangkap melayu dulu dan baru dot tahu betapa panjang ekornya....melayu mmg bodoh...hasil melanun ke duit mudah ke ..nie...suka sgt menunjuk dan ditunjukkan hasi melanunnya...joli enjoy barangan meeah dsbnya...dari riza aziz sampailah ke pemimpin umno...trend nya sama...thk org politik..dulu kuli kang je...kapcai buruk roadtax pun piang...bila berpolituk dan punya kedudukan..kereta mewah penuh laman ...hiduo mewah...sb..harta free...senang pihak berkuasa siasat dan tangkap..org cina...relax je...tambah kedai tambah saham..mmg melayu bodo.

      Delete
  2. kenapa lah kau nie Boddo Tahap Gaban...

    Sita bermaksud BEKU bukan Rampas boddo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko yg bodoh anak haram tanpa nama dan mak bapak

      Delete
    2. Jgn berbalah..biar kita lihat dan dengar dulu kes ini. Kes ini dalam siasatan pihak US. Kita tidak arif dlm undang-undang US. Belum tentu bentuk kesalahan cuma disita untuk siasatan, mahkamah US belum bawa untuk mention dan belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Dlm siasatan mcm-mcm boleh berlaku..klu tiada bukti kukuh kes boleh NFA. Wang yg disita boleh dikembalikan kpd tertuduh atau kerajaan Malaysia..jgn kerana kes ini kita berbalah..kita pun tak tahu masalah sebenar dan mungkin tiada kaitan dengan kita secara individu..bertenang.

      Delete
  3. anak tiri kata hadiah, bapa tiri kata derma, nanti si cina sepet kata menang loteri...kah,kah..kah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com