innity

pages

Wednesday, July 20, 2016

SIDANG Media TERGEMPAR Lim Guan Eng - BUBAR DUN?


Wakil media menunggu sidang akhbar oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di pejabatnya di KOMTAR. Foto: K. Ganeson

PAS jangka kerajaan Pulau Pinang bubar DUN

GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang menjangkakan kerajaan negeri akan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).
Setiausahanya, Iszuree Ibrahim, berkata walaupun pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, tindakan kerajaan negeri yang mengadakan mesyuarat tergempar bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di KOMTAR pagi ini membuktikan mereka serius dengan cadangan berkenaan.
Beliau berkata, sekiranya ia sahih, PAS mengutuk tindakan berkenaan kerana ia disifatkan sebagai cubaan untuk menarik perhatian rakyat daripada pertuduhan rasuah yang dihadapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
"Walau apa juga keputusan kerajaan negeri, PAS bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Namun, kita percaya sekiranya pembubaran DUN ini dibuat ia hanya bertujuan untuk mendahului keputusan mahkamah dengan mengelirukan rakyat terhadap situasi berlaku," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Media melaporkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka akan membuat pengumuman penting yang dipercayai ada kaitan dengan pembubaran DUN bagi membolehkan PRN dijalankan di negeri ini, dalam sidang media di KOMTAR jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Guan Eng ketika ini sedang mempengerusikan mesyuarat tergempar itu bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri dan ahli EXCO.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..ketentuan Allah belaka tu..klu pun dewan dibubarkan akan ada prn. Rakyat p pinang boleh tentukan sapa pulak yg mereka suka. Semua boleh berubah atau tidak berubah. Terserah kpd orang penang..kalau rasa dap belum nampak hasil pemerintahan nya rakyat penang boleh terus sokong dapig..

    ReplyDelete
  2. guan eng xjd bubar la...penakut gak rupe nye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com