innity

pages

Wednesday, July 20, 2016

[SIDANG MEDIA LGE GEMPAK LEBIH] Tiada pembubaran Dun P.Pinang

Guan Eng bercakap pada sidang media sebentar tadi.
GEORGETOWN - Khabar angin yang bertiup kencang berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang nyata tidak benar apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan perkara itu masih dalam proses perbincangan.

Perkara yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu itu mengatakan kononnya kemungkinan pembubaran Dun akan diadakan bagi mengukur sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan namun ia dinafikan Guan Eng.

Guan Eng berkata, kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan termasuk PKR memutuskan untuk berbincang dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

"Kerajaan negeri terdiri daripada bukan sahaja DAP malah turut dianggotai PKR dan juga Amanah. Oleh itu, sebarang keputusan akan dibincang dengan semangat rundingan bersama.

"DAP akan terus berbincang dengan semua parti dan tidak akan sesekali membuat keputusan secara bersendirian. Buat masa ini, kita akan terus berbincang dan akan memberitahu hasil perbincangan selepas mendapat keputusan kelak," katanya kepada media selepas membuat pertemuan bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Komtar tadi.

Turut serta Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi membincangkan cadangan DAP untuk membubarkan Dun bagi memberi laluan kepada PRN yang akan diadakan lebih awal.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan terus berbincang dengan semua parti dalam Pakatan Harapan berhubung perkara itu.

Menurutnya, pertemuan yang diadakan tadi bukan satu pertemuan luar biasa kerana semangat Pakatan Harapan sering mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu serius seperti pembubaran Dun.

"PKR amat menghormati DAP yang sering berbincang dalam menyelesaikan sesuatu isu serius. Kita amat menghargai DAP yang ingin terus berbincang dan tidak membuat keputusan bersendirian.

"Inilah semangat dan prinsip Pakatan Harapan dalam menyelesaikan perkara besar dan saya akan pulang ke ibu negara petang ini untuk berbincang dengan pemimpin PKR berhubung hasil perbincangan yang diadakan hari ini," katanya. - SH

1 comment:

  1. Cina chauvinis ni pengecut. Bising je lebih. Menang dgn cerita rasis dia je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com