innity

pages

Saturday, July 30, 2016

Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?



Datuk Dzulkifli bin Ahmad, Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara DILANTIKsebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Abu Kassim bin Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
29 Julai (Bernama) -- Lebih 800 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselubungi emosi serta perasaan sebak pada majlis Paluan Berundur meraikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Majlis itu turut meraikan dua lagi pemimpin kanan suruhanjaya itu iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebak Semasa Berucap, Shukri pesan 'SPRM BUKAN TEMPAT SI PENGECUT'
Jalankanlah tugas anda tanpa takut atau pilih kasih.
Saya menerima peluru hidup yang dihantar ke rumah saya sehingga tidak boleh tidur dan mengalami penyakit darah tinggi.
Anda mesti berhadapan dengan semua ini dengan jiwa yang kuat.
Akhirnya, anda akan dihakimi oleh Allah swt. Pada saat itu tiada ertinya segala pangkat miski pun setinggi gunung.
- Datuk Seri Mohd Shukri Abdullah

MOHAMED APANDI ALI (tengah) mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Dzulkifli Ahmad (kanan) dan Zauyah Be T. Loth di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya 26 Januari 2016 menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International 



KUALA LUMPUR: Kenali Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dilantik menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos ini, Datuk Dzulkifli, 48 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram.



Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Dzulkifli memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sejak 7 Jun 1993 hingga Februari 2002.

Beliau kemudian dilantik sebagai TPR Unit Terkelas dari Mac 2002 hingga Februari 2003.

Datuk Dzulkifli yang berkahwin dengan Datin Bitizela Mohd Bidin dan mempunyai dua anak seterusnya dilantik sebagai Ketua Unit Jenayah Perdagangan, dari 1 Nov 2010 hingga 14 Jan 2015.

Pada 15 Jan 2015 sehingga 11 Ogos 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Kes-kes Jenayah, dan pada 12 Ogos 2015 sehingga kini, beliau memegang jawatan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.

Beliau yang mempunyai Diploma Syariah dan Amalan Guaman dari universiti sama banyak mengendalikan kes-kes berprofil tinggi, antaranya kes tipu dan pecah amanah melibatkan Lembaga Tabung Haji berjumlah RM200 juta dan kes seorang doktor wanita didakwa terhadap lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram lebih RM41 juta.

Datuk Dzulkifli yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang juga terlibat dalam kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, serta kes tipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Datuk Dzulkifli, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tan Sri Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. - Astro Awani


Kenyataan Media KSN Mengenai Pelantikan/Pertukaran Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan


"Bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Dzulkifli bin Ahmad, Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Abu Kassim bin Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)" - TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA, Ketua Setiausaha Negara, 29 Julai 2016




4 comments:

  1. KEBABIAN DAN KECELAKAAN APA YANG SEDANG MENIMPA TANAH MELAYU INI, PEJAWAT AWAM YANG JUJUR DIBERSARAKAN DAN DITUKAR
    DIGANTI DENGAN PEGAWAI PEJABAT PEGUAM NEGARA YANG SEBELUM INI TELAH BUAT KEPUTUSAN NAJIB TIDAK BERSALAH
    MACAM MANA NAK KETUAI SIASATAN SPRM, KALAU SEBELUM NI JELAS DIA MENYEBELAHI NAJIB

    ReplyDelete
  2. Muka dia dah nampak rasuah. Talibarut najib. Kipas nodek najib. Semua putarbelit.....sah nyata....ada pakatan ...bak bela najib...nak selindung najib..la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HUH! TINGGI ILMU FIRASAT DEMO MENGALAHKAN ARWAH AYOH PIN KETUA KERAJAAN LANGIT!

      Delete
  3. Jangan terlalu cepat menghukum, Datok Dzulkifli bekas pelajar kolej Islam Kelang. InsyaAllah, dia akan menjalankan kerja seamanah mungkin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com