innity

pages

Tuesday, July 19, 2016

Selena Gomez: Seksi adalah ciptaan Tuhan, kata Azmin

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor tidak akan membatalkan konsert Selena Gomez, selagi penganjur dan penyanyi terkenal itu boleh mematuhi semua syarat ditetapkan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipetik Sin Chew Daily berkata, setahu beliau, permohonan yang dikemukakan penganjur konsert itu 10 hari lalu akan diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam jika pihak terbabit boleh mematuhi semua peraturan ditetapkan.
“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” soalnya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, petang ini.
Jawapan Azmin itu menyebabkan semua wartawan yang hadir di sidang media itu ketawa.
Tegasnya, rakyat perlu menghormati setiap bulan, bukan bulan Ramadan dan Syawal sahaja.
Ditanya jika beliau mengenali Selena, Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau tidak kenal penyanyi terkenal itu.
Semalam, Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.
Beliau berkata, kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert.
Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan. - FMT

7 comments:

  1. Kalau pakaton ton momok menguasai kjaan... mampukah tun momok..muhidin.. boboi mempertahankan kesucian agama Islam. .. pakaton momok terdiri puak pluralist. . Syiah.. komunis... libral lgbt .. gay dll..
    Masa tu tun momok akan lunak semula dng slogan islamnya spt fundmentalis islamic state spt masa tun jadi PM dulu... anwar aljubb pulak akan bebas dan lunak dng slogan islam madani.. hadhari dll semata mata nak pujuk orang melayu sokong mereka.. sedangkan pemimpin utara ni terkenal dng pengkhianat bangsa dan agama sendiri dng slogan islam semata mata utk kuasa utk kroni dan anak beranak...
    Masakan puak pluralist. ... lgbt.. syiah..komunis atau gay akan bersetuju utk meninggikan syariat dan kesucian agama islam...

    Puak PAS dlm kerajaan slangor skg pun tak mampu utk pertatahankan Islam dlm Kjaan yg diterajui dlm Pakatan Rakyat... rumah urut... rumah judi bertambah banyak diselangor...apa yg PAS bole buat meninggikan syiar Islam di Selangor..?

    lu fikir la sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANYA AMENO YG PANDAI PERTAHANKAN....

      Delete
  2. Bangang punya statement. Bini kau si shamsidar taharin pun nmpk seksi kalau dia pegi passr pakai bra je. Seksi tu bukan ciptaan tuhan.

    ReplyDelete
  3. Apasal orang PIS gerun sangat dengan KESAKSIAN SELINA GOMEZ.........???
    Tak kuat IMAN ke.............?????
    Nampak je Selina Gomez atau mana-mana pompuan cantik yang seksi, terus
    menegang dan menegak. Otak letak kat kelengkang rupanya geng PIS ni.
    Patutlah semunyi-semunyi pegi nonton PORNO di Jerman.
    Hehehehe......PORNO tu benda haram, memang sah tak boleh tengok.
    Apasal pergi tengok.......?????

    ReplyDelete
  4. Kat negara Arab ,Iraq ,Palestine dan Afghanistan dia guna tentera nak hancurkan Islam,kat Malaysia tak perlu tentera Selena Gomez pun boleh buat kerja tu

    ReplyDelete
  5. Kalau kita didik anakbangsa kita dengan kekuatan iman, bukan setakat konsert Salina Gomez ni saja rumah urut, kedai arak ,kelab malam dan juga kedai judi depan mata pun mereka tak hairan pun. Adakah dengan menghalang itu ini akan menghalang petbuatan mungkar dan maksiat dinegara ini?. Ambil contoh orang yg tidak berpuasa dibulan ramadhan...adakah dgn menghalang kedai2 makan menjual makanan kepada mereka akan membuatkan mereka berpuasa? Mereka tetap tidak berpuasa dan akan makan maggi ditempat tersorok . Ambil contoh pula untuk mereka yg ada kekuatan iman dan berpuasa, orang makan didepan mata pun mereka akan tetap berpuasa. Kita tidak boleh lari daripada aktiviti mungkar tersebut kerana kita duduk dinegara berbilang kaum dan agama dan sebagai jalan penyelesaiannya ibu bapa bertanggung jawab mendidik anak2 mereka dengan ilmu agama agar dapat menangkis godaan2 tersebut. Jangan hanya melalak menyalahkan pihak lain atas kegagalan kita mendidik anak kita sendiri.Jangan hanya islam itu dikad pengenalan sahaja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com