innity

pages

Friday, July 29, 2016

Salleh Said Keruak DILANTIK BENDAHARI UMNO ganti Husni Hanadzlah


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dilantik sebagai Bendahari UMNO menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang meletak jawatannya dalam parti pada Jun lalu. 

Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini. 

"Mesyuarat UMNO hari ini dimulakan dengan majlis mengangkat sumpah Bendahari UMNO baharu. Tahniah Datuk Seri Salleh," katanya pada sidang media. 

Pada masa sama, Presiden UMNO itu menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Husni, yang katanya telah sekian lama menjalankan tangungjawab sebagai Bendahari dengan begitu baik dan penuh integriti. 

Salleh, ketika ditemui pemberita, menyatakan penghargaannya kepada presiden parti dan anggota MT atas pelantikan itu. 

Salleh berkata, beliau berazam untuk menjalankan tugas sebaik mungkin demi meneruskan kelangsungan parti. 

"Saya adalah seorang pemimpin yang bekerja sebagai satu pasukan dan apapun yang saya lakukan berdasarkan garis panduan yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan presiden," katanya. 

Pada Jun lalu, Najib ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi. - BERNAMA

7 comments:

  1. Memamg dah nazak Umno ni...macam dah tak ada orang lain yg boleh dilantik untuk jaga akaun Umno. Dah tak ada yg lebih layak lagi sebab kalau boleh Najib nak bagi semua jawatan yg ada kat dia...maklumlah penjilat tegar!

    ReplyDelete
  2. Kena ubah ayat tu..sy adalah seorang pemimpin yg kuat bodek..sbb tu dpt jawatan ni..

    ReplyDelete
  3. Akhirnya dpt 1 lagi jawatan.... Hasil membodek

    ReplyDelete
  4. tahniah! pengampuan anda sangat berbaloiii....

    ReplyDelete
  5. Mesej UMNO Najib kepada rakyat:-

    Lagi kuat membodek, lagi cerah masa depan anda.

    ReplyDelete
  6. Jgn komen tu terlalu berat sebelah..jgn lah fitnah yg bukan-bukan. Nak lantik kau org jadi bendahari kau org semua bukan ahli umno..mungkin klu lantik Tun M bkeh ker.?..teruskanlah memfitnah dan tak puas hati..

    ReplyDelete
  7. Dari karabau menjaga duit, rejeki aku tinggi membukit, sebab cover ku ampu Najib, melawan dia abis ku sungkit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com