innity

pages

Sunday, July 31, 2016

[SAINGAN KEPADA UMNO, TERMASUK PAS?] Parti baharu BERTERASKAN ISLAM, kata Muhyiddin


KULIM, Sabtu – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan akan berteraskan Islam, namun tetap memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat.
Beliau memberi jaminan parti baharu itu akan mempertahankan hak Melayu, Perlembagaan Negara, hak Raja-Raja, bahasa dan dalam masa sama turut menjaga kepentingan serta hak kaum lain.
Berucap pada majlis penerangan isu-isu semasa di sini malam semalam, beliau berkata, imej dan maruah negara di mata dunia sudah tercemar gara-gara perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Malaysia kini dikenali sebagai sebuah negara yang paling korap di dunia.. Malaysia Boleh, tetapi kita tak mahu kata ‘Malaysia Boleh Korap’.
“Malangnya pelakuan ini bukan dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia… tapi dilakukan oleh seorang pemimpin iaitu Najib Razak,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah melihat terdapat seorang Perdana Menteri yang berterusan membohongi rakyat.
Katanya, pelbagai cara sudah dilakukan supaya Najib berundur, tetapi gagal.
“Saya dan Tun (Dr Mahathir Mohamad) serta rakan-rakan yang lain berbincang, kita tubuh parti baru… Saya orang UMNO lama. Tapi bila sampai soal maruah bangsa, negara sudah rosak..perpatah cina kata kalau rosak mulut dari kepala.. kepala sudah rosak.. ekor pun rosak..
“Kalau kata UMNO satu-satunya parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara…betul… tapi sekarang UMNO sudah rosak.. malu kita.. UMNO macam kereta buruk.. nak repair nanti rosak lagi.. jadi cari kereta baru la,” katanya. - ismaweb

4 comments:

  1. JANGAN CAKAP BANYAK,TUBOH JER PARTI BARU TU,KITA LAWAN PRU14 NANTI.

    ReplyDelete
  2. Tak payah suruh...memang kita sedang tubuh...pru13 pun dpt 48% saja undi, itupun dengan sokongan kuat Tun Mahathir...kali ni jangan bongkak sangat...

    ReplyDelete
  3. Tak payah suruh...memang kita sedang tubuh...pru13 pun dpt 48% saja undi, itupun dengan sokongan kuat Tun Mahathir...kali ni jangan bongkak sangat...

    ReplyDelete
  4. T.m yg tolong...maaf yer,kami di cawangan yg kerja kuat tanpa t.m pun,ingat umno lebih byk kerusi yg menang pd pru 13 jgn lupa tu. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com