innity

pages

Thursday, July 21, 2016

[RAKAN GOLF PUN NAK JATUHKAN NAJIB?] Apakah Obama juga cuba jatuhkan Najib, soal Pua

Malaysia perlu menyiasat siapa yang dimaksudkan 'Malaysian Official One' oleh Jabatan Kehakiman AS.
DAP hari ini mempersoalkan sama ada saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang bertujuan menyita aset berkait 1MDB akan turut dianggap sebagai usaha Presiden Barack Obama menjatuhkan kerajaan Malaysia.
“Sudah tentu, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menuduh rakan golfnya, Presiden Obama, terlibat dalam konpirasi antarabangsa yang berniat jahat menjatuhkan kerajaan Malaysia?” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, merujuk tuduhan yang sebelum ini pernah dilemparkan pemimpin Umno ke atas mereka yang melaporkan salah laku syarikat milik negara itu.
Semalam, The Wall Street Journal melaporkan pendakwa raya persekutuan di AS bersiap sedia menyita aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), rentetan daripada penyiasatan pihak berkuasa negara itu.
Laporan itu kemudian disahkan benar, dan semalam Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman yang antara lain turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, yang namanya sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Kertas pendakwaan itu antara lain menyebut dana 1MDB disalurkan secara tidak sah kepada syarikat PetroSaudi, syarikat usaha sama 1MDB, dan kemudian kepada seorang pegawai tinggi Malaysia yang hanya dinamakan “Malaysian Official One” (Pegawai Malaysia Satu).
Pua berkata pihak berkuasa tempatan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diarahkan menyiasat mereka yang dinamakan Jabatan Kehakiman itu.
“Paling penting, mereka perlu mencari dan mendedahkan, siapa ‘Malaysian Official One’ yang dituduh mencuri berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB itu?” katanya.
Pua berkata Malaysia kini menjadi bahan ketawa dunia dengan pengumuman AS itu, di sebalik penafian kerajaan selama ini terhadap sebarang salah laku membabitkan 1MDB. - FMT

2 comments:

  1. Agung
    Raja
    Hakim
    Rakyat

    Semua kena dedak rasuah

    Membisu

    Inilah masa tangkap najib dan kroninya

    Peralihan kuasa darurat

    Masih tak sedar lagi?

    Dimana kuasa rakyat?

    Nescaya semua media. Letrik dan komunikasi akan disekat..supaya rakyat dikunci mulut dan hak bertindak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah org lain tak boleh bertindak..anon 1 15pm perlu bertindak lah tangkap najib..klu cakap stakat beri komen budak darjah enam pun boleh buat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com