innity

pages

Monday, July 18, 2016

[Politik Turki] GULEN MENJAWAB TUDUHAN ERDOGAN


GULEN MENJAWAB TUDUHAN ERDOGAN

Ulasan oleh Wan Fayhsal

Sebenarnya Alim Sufiyyah Hoca Effendi Fethullah Gulen dah lama jawab semua tuduhan Presiden Recep Tayyip Erdogan khususnya bersabitkan tuduhan bahawa beliau memimpin kumpulan pengganas dan dalang CIA dalam satu buku bertajuk TIME TO TALK.

Gulen tidak diberi ruang untuk membela diri di Turki dan oleh media massa kerajaan Turki malah kumpulan media yang berkait dengan Gulen seperti Zaman, telah disekat, wartawan mereka disumbat ke dalam penjara.

Kebebasan media di Turki sangat daif di bawah Erdogan khusus selepas pendedahan kes rasuah, pecah amanah seperti penyeludupan minyak Iraq dari kawasan ISIS.

Gulen yang merupakan mangsa kezaliman ultra sekular Kemalis sewaktu zaman tok guru Erdogan iaitu Necmettin Erbakan yang merupakan ketua parti Islam Refah (sebab itu beliau hijrah ke Amerika pada 1997) dan juga telah bersama-sama bantu AKP untuk agenda Muslim sepakat, Islam berdaulat di Turki selama 12 tahun, telah berpatah arang dengan Erdogan kerana kes rasuah dan salah laku (abuse of power and position for illegal gain) yang semakin membarah dalam AKP yang telah lama berkuasa (ini sindrom macam UMNO, Guan Eng di Malaysia, Golkar, PKS di Indonesia dan Kuomintang di Taiwan).

Apa yang buat Gulen selaku alim tidak dapat berkompromi bilamana Erdogan dan sekutunya pejam sebelah mata malah cuba justifikasikan salah laku dan pecah amanah yang beliau istilahkan sebagai "ghulul" yang mana Gulen jelaskan dalam buku ini berdasarkan dalil shara':

Anas ibn Malik reported: The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, said, “Support your brother whether he is an oppressor or is being oppressed.” It was said, “O Messenger of Allah, we help the one being oppressed but how do we help an oppressor?” The Prophet said, “By seizing his hand.”

In another narration, the Prophet said, “By restraining him or preventing him from committing injustice, for that is how you support him.”

Source: Ṣaḥīḥ al-Bukhārī 2312, Ṣaḥīḥ Muslim 2584

Grade: Muttafaqun Alayhi (authenticity agreed upon) according to Al-Bukhari and Muslim
عَنْ أَنَسٍ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
وفي رواية أخرى قال تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
2312 صحيح البخاري كتاب المظالم انصر أخاك ظالما أو مظلوما
2584 صحيح مسلم كتاب البر والصلة والآداب باب نصر الأخ ظالما أو مظلوما

Daripada teguran baik akhirnya ianya bertukar jadi perang saudara kerana Erdogan seperti kita maklum bertindak Machiavelli seperti diktator dan autokrat.

Saya pernah saksikan sendiri pertelingkahan antara penyokong Gulen dan Erdogan di UIA yang mana saya lihat cara penyokong Erdogan membantah dan menghina Gulen ala-ala ahli PAS yang ekstrim atau ahli AMANAH yang ekstrim menghina antara satu sama lain tanpa menjawab dan pertahankan Erdogan dengan adil berhubung pelbagai tuduhan yang bukan saja dibawa oleh Gulen tapi juga Russia dan ramai lagi.

Oleh kerana Gulen tinggal di Amerika dan Russia pertahankan Assad di Syria, golongan Islamis di Turki mencari qarinah untuk hubungkan semua persamaan ini dengan mencipta tuduhan bahawa mana-mana pihak yang mengkritik dan cuba bongkar kesalahan Erdogan adalah musuh Islam konspirasi tangan asing walaupun bukti kukuh dan perbicaraan mahkamah tidak langsung diizinkan.

Pendek kata macam di Malaysia: semua salah Yahudi dan DAP bilamana institusi Melayu dan Islam dikritik tanpa ambil kira kebenaran berhubung "competency" dan salah laku lain yang benar wujud.

Gulen, Russia, Amerika, Syiah, Zionis adalah "bugbear" golongan Islamis termasuk pentaksub (ada beza dengan penyokong Erdogan yang tahu salah laku Erdogan tapi tidak berani lawan kerana kononnya tiada alternatif lain untuk ganti beliau) yang sentiasa disentap dengan "irrational fear" yang kadang kala berpinggiran kepada "political neurosis" kebencian ke atas segala-gala bukan Islam sehingga terhijab dengan kelemahan dan kebobrokan parti Islam bertopengkan jubah, sejadah dan kopiah - segala-gala zahir simbolisme ritualisme Islam yang menenggelamkan inti ruh dan isi Islam dalam siyasah shariyyah.

Menurut Gulen jelas apa yang berlaku dikalangan pentaksub dan penyokong Erdogan adalah ciri-ciri ghuluw dan assabiyyah hizbiyyah yang dilarang dalam Islam kerana menunggang agama untuk capai kuasa dunia - satu tegahan keras dalam manhaj Gerakan Nur Said Nursi yang terkenal dengan ucapan "aku berlindung daripada syaitan dan politik" kerana Ustaz Said Nursi lihat dengan mata kepala beliau sendiri selepas Uthmaniyyah jatuh dan demokrasi muncul, ulama' dalam pelbagai parti Islam sering mengadu domba menghina antara satu sama lain demi menjatuhkan lawan untuk kuasa atas alasan "Allah bersama kami, takbir!".

Itulah kira-kiranya apa yang terbuku dan terzahir dalam jawapan tuntas mengapa Gulen kini menentang KESALAHAN (bukan batang tubuh) Erdogan yang beliau mahu Erdogan taubat dan mengaku salah agar barah rasuah dan salah laku kuasa tidak membarah dalam AKP seperti mana hancurnya kader-kader PKS di Indonesia kerana ujian dan godaan dunia selepas menang PEMILU.

Boleh baca sendiri beberapa lembaran tulisan Gulen.
Wallahua'lam.








2 comments:

  1. Artikel sampah,gaya penulisan ke laut..xde susunan buat org xphm dgn karangan sebegini..perbandingan yg dibuat antara politik luar dan dlmn negara adalah tidak bertepatan..buang ms bc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat tak baca dengan teliti.Mudah ayat artikel ini.Faham dan jelas.Terima Kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com