innity

pages

Friday, July 22, 2016

Polis Swiss RAMPAS 3 lukisan ada kaitan dengan 1MDB

Lukisan Monet's Nympheas Avec Reflets de Hautes Herbes
ZURICH - SWITZERLAND. Pihak berkuasa Switzerland merampas tiga lukisan yang mempunyai kaitan dengan siasatan syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor BBC News.

Jurucakap jabatan keadilan persekutuan Switzerland berkata, rampasan itu adalah permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Hasil karya itu dikenalpasti sebagai lakaran Vincent Van Gogh, La Maison de Vincent dan Arles dan Claude Monet Nympheas avec Reflets de Haute Herbe dan Sainte-Georges Majeur.

Pihak berkuasa Switzerland enggan mendedahkan lokasi lukisan yang dirampas itu kerana operasi siasatan masih dijalankan.

Pada Rabu, pihak berkuasa Amerika Syarikat menfailkan saman sivil untuk merampas aset yang dibeli dengan wang yang dipercayai diambil dariapada dana 1MDB.

Sebahagian wang itu telah dibelanjakan oleh orang yang dikaitkan dengan dana bagi membeli rumah -rumah mewah, hotel dan seni halus.

SUMBER: sinarharian.com.my



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com