innity

pages

Friday, July 22, 2016

[PM KITA DIHINA] Media antarabangsa, netizen ejek Najib dalam Twitter #MalaysianOfficial1

BBC menjadikan lukisan diambil dari laman Twitter @AtTheEdgeMsia sebagai gambar utama berita berjudul ‘1MDB scandal: ‘Will the real Malaysian Official 1 please stand up?’, hari ini.

Di sebalik media arus perdana tidak melaporkan mengenai saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) bagi menyita aset individu dan syarikat berikutan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), media antarabangsa pula bersikap sebaliknya.


Beberapa media ternama antarabangsa seperti BBC, Wall Street Journal, Bloomberg, Aljazeera, CNBC, Reuters dan New York Times, bukan sahaja melaporkan berita itu secara besar-besaran, malah turut menjadikannya sebagai bahan ejekan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Paling ketara laporan BBC hari ini dengan tajuk ‘1MDB scandal: ‘Will the real Malaysian Official 1 please stand up?’ yang menyatakan hashtag ‘#MalaysianOfficial1’ menjadi topik yang pantas bergerak di dalam laman Twitter di Malaysia.
Menurut BBC, selepas beberapa tahun spekulasi dan dakwaan rasuah, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan besar dalam skandal 1MDB.
Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
BBC melaporkan ramai rakyat Malaysia percaya individu terbabit ialah Najib. Perdana Menteri sebelum ini menafikan sebarang salah laku.
Kini hastag ‘#MalaysianOfficial1’ menjadi topik yang cepat bergerak di Malaysia, kata BBC sambil meletakkan komen Twitter rakyat Malaysia serta katun dan gambar berbentuk sindiran.

BBC turut meletakkan katun lukisan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) yang menunjukkan kesan teori domino, dalam laporan mereka.
Zunar memberitahu BBC, dua karakter katun di bawah menunjukkan ketua polis dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
“Mereka sepatutnya mengambil tindakan, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk menjadi sekumpulan pesuruh. Apabila hal menjadi semakin buruk, mereka lari.
Walaupun, Jabatan Kehakiman Amerika mengambil tindakan terhadap Riza dan Jho Low, saya berpendapat, kesan domino akan mengenai Najib dan Rosmah,” katanya.

BBC turut memuat naik Twitter penulis buku, Saharil Hasrin Sanin yang melukis katun yang menunjukkan seorang wanita bertanya kepada seorang lelaki, yang lukisannya kelihatan seperti Najib, sama ada dia mahu makan kari.
Lelaki di dalam katun itu menjawab tidak mahu kerana terlalu pedas. 

sumber: ismaweb

6 comments:

  1. i love PM ..............bukan Najib tpi PM yang jujur, taat perintah Allah, tiada bini PUAKA

    ReplyDelete
  2. Semua ini KONSPIRASI untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang Syamul

    ReplyDelete
  3. ini lah pengaruh media masa kalau ayat nya tidak dibaca dengan erti sebenar setiap baris, aku tertanya gak mengapa najib semakin hebat rupanya kerana fitnah yang kita buat terhadap dia dan keluarga dia membuat kan dia semakin kuat. pada mereka yang sering menonton drama lakonan di mahkamah amerika selalu kita dengar. exhibit one, exhibit two, atau witness one or two, begitulah dalam laporan doj tu malaysian official one, kalau ade lagi ia akan tambah malaysian official two. tapi bila rakyat malaysia ini ingin mendengar ape yang mereka ingin dengar dia jadi malaysian official no. 1. seperti yang saya katakan kekuatan najib ni rupanya datang dari sekian banyak fitnah yang kita lemparkan kepada dia, itulah kesalahan kita orang melayu yang berugama islam. ingatlah dosa kalau betul najib tidak melakukan berapa ramai orang islam masuk neraka kerana fitnah itu tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia ke fitnah.....? Yang mengUlar kata dia tidak bodoh bawak duit masuk dalam negara ke PRIVATE-PERSONAL ACCOUNT dan kemudian KANTOI jadi jelmaan.....

      DERMA POLITIK
      LAWAN DAP
      DERMA ARAB SAUDI
      DERMA AWSJ
      DERMA BANTERAS ABU SAYAF

      dan macam macam lagi....

      Hey sedara 11:20....menipu dalam bulan RAMADHAN lagi siapa ekk? Bukan Malaysian Official 1?

      Kelentong kamu dah habis modal lah oi!

      Delete
  4. Najib ni tak rasa apa pun. Dia sikit pun tak peduli. Bila hati dah hitam ni lain macam. Nak tau ikutlah perangai najib razak ...hahhaa

    ReplyDelete


  5. Betul la 11.20,kalau kita menfitnah orang yang tidak bersalah, maka neraka jahanam la yang menunggu kita.

    Tetapi jika orang yang kita pertahankan tu memang sah melakukan kemungkaran, dah jadi subahat pulak kita, akhirnya ke neraka jahanam jugak kita.

    Gunakanlah akal yang waras dan pertimbangkanlah dengan betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com