innity

pages

Friday, July 8, 2016

PERKASA BERI AMARAN kepada M'sia Con Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism



KENYATAAN MEDIA
BIRO HAL EHWAL ISLAM PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
7 JULAI 2016

PERKASA berasa sungguh kesal dengan berita yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) mengenai tuduhan oleh RS Mohan Shan, Timbalan Presiden, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) bahawa Dr. Zakir Naik telah mempengaruhi kumpulan pengganas melalui mesej ucapannya untuk melakukan keganasan di Bangladesh baru baru ini.

PERKASA memberi amaran keras kepada MCCBCHST agar tidak terlalu cepat membuat tuduhan yang tidak berasas dan kesimpulan tanpa bukti bukti yang kukuh.

MCCBCHST juga antara lain menuduh Dr. Zakir Naik menyemai pemikiran orang orang muda dengan idea yang membawa kepada pemikiran terrorisme. PERKASA menggesa MCCBCHST agar lebih berhati hati membuat kenyataan dan generalisasi yang berdasarkan sangkaan dan tohmahan semata mata. Siasatlah dengan mendalam sebelum membuat kenyataan biadap seperti ini. Berhati hatilah dalam membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Jangan sekadar mengikut telunjuk dan berita pihak Barat yang tidak berasas.

PERKASA berpendapat Dr. Zakir Naik patut diberi peluang untuk membuat penjelasan dan beliau sepatutnya tidak diletakkan dalam kandang orang yang bersalah.

Dr. Zakir Naik adalah pendakwah bereputasi tinggi dan membawa aliran yang sederhana. Umat Islam patut mempertahankannya. Beliau juga banyak membantu pihak berkuasa memahamkan islam yang sebenar di sini dan pada peringkat antarabangsa.

PERKASA menggesa MCCBCHST menarik balik  kenyataannya yang biadap. Jka tidak PERKASA menganggap mereka ada niat jahat yang tersembunyi seperti udang di sebalik batu. PERKASA dapat membaca apa yang tersirat...Mereka sebenarnya mahu memburukkan Dr. Zakir dan menghalang Dr. Zakir dari berceramah demi kebenaran agama...Dr Zakir Naik sudah berceramah kepada berjuta manusia dan apakah berjuta ini telah menjadi pengganas...Kalau seseorang mendakwa mengunakan nama Dr. Zakir, apakah terus Dr.  Zakir yang sebenar dihukum? Mungkin ada individu yang terlibat di Bangladesh sengaja menggunakan nama Dr. Zakir.. Apakah tidak mungkin individu ini diupah? Macam macam boleh berlaku di sebalik yang tersirat dan tersurat.....

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM
PERKASA MALAYSIA
10.00 HRS
8 JULAI 2016

1 comment:

  1. Usaha terancg musuh musuh islam mau menjadikan islam yg berpandu Quran dan Sunnah sebagai nampak ekstrim. Sangat selari dgn agenda Zionist. Jgn sampai umat islam terperangkp dgn agenda musuh bergetak bertopengkan hak asasi dan liberal beragama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com