innity

pages

Thursday, July 28, 2016

Pensyarah Hal Ehwal Politik UUM: 'Pemuda Umno membodek yang keterlaluan', Merugikan Imej UMNO


SHAH ALAM -  Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan tindakan Pemuda Umno sebagai mencemar nama institusi itu yang dihormati dari segi peranan, integriti, dan tanggungjawabnya kepada negara.

"Tindakan ini satu paparan tidak baik oleh golongan muda, ia kelihatan seperti membodek secara keterlaluan, lagipun mereka berprofil tinggi, dikagumi dari segi kepimpinan, malah ketokohannya turut diakui masyarakat antarabangsa," katanya.

Menurutnya, campur tangan orang politik dalam situasi itu bukan memberi 'kemanisan' kepada parti, tetapi menyemarakkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan BN.

"Ia merugikan imej parti, juga menyemarakkan lagi isu 1MDB. Tindakan biarlah beradab, ini yang dikatakan berani tidak bertempat," katanya. - SH

5 comments:

  1. Tahniah tokoh cendikiawan negara

    Mohon lebih ramai yang beri kenyataan
    Supaya terbeliak mata agung
    Nampak kes jenayah yang dilakukan najib

    ReplyDelete
  2. Moga semua tokoh pemikir menyatakan pendirian tangkap dan dakwa najib

    Kes jenayahnya
    Kevin morais
    Pengasas ambank
    Altantulya
    Teo beng hock

    ReplyDelete
  3. Bekas laki rosmah mesti saman najib dan rosmah

    ReplyDelete
  4. DEMO NI KAWEY SERO BAIK GI JUMPA PAKAR SAKIT JIWA CEPAT2.DEMEY DEMO NI KOHO KUAT TU.

    ReplyDelete
  5. Alah....buat repot kt mesia jer pun. Bukan di amerika @ prancis @ switzerland. Mcm ada kesan beso sgt. Stakat repot begitu, bersepah org buat. Tak payah la cerdik pandai universitipun ambik kesempatan nak ambik value. Tumpukan pada kerja utama mengajar, jangan campur sgt hal budak2 umno yg belum matang tu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com