innity

pages

Friday, July 1, 2016

[PENJELASAN HUSNI LETAK JAWATAN] Mahu MENDALAMI Agama di Jordan


IPOH, Jumaat – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu pengundurannya dalam Kabinet dan semua jawatan dalam parti UMNO adalah kerana mahu mendalami ilmu agama.
Jawapannya itu sekaligus merungkai persoalan semua pihak yang tertanya-tanya sebab perletakan jawatan beliau minggu lalu.
Katanya, beliau merancang untuk mendalami pengajian agama, justeru beliau kekal dengan keputusannya untuk berundur daripada semua jawatan.
Husni berkata, sudah menjadi impian beliau untuk belajar agama di Jordan dan kali ini menjadi kesempatan buatnya untuk merealisasikannya.
“Saya tengah merancang ke negara itu selama tiga bulan untuk belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan. Semoga berjaya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.
Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. - IM

2 comments:

  1. Belajar jer dari Hadi Awang...

    ReplyDelete
  2. Smpi ke jordan hang pi no husni...awat Kat Malaysia dah takdak sekolah agama ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com