innity

pages

Thursday, July 21, 2016

[PENAFIAN 2, SIMPAN UTK REKOD] 1MDB nafi dapat sebarang manfaat dari transaksi yang disenaraikan Jabatan Kehakiman US


1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa dari syarikat tersebut.

1MDB dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya bukan satu pihak dalam saman sivil itu dan tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat.

"1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion.

‎Difahamkan, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.‎

Dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles itu menyatakan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana yang dilencong dari 1MDB.

Dokumen mahkamah itu mendakwa dana itu dilencongkan dari 1MDB "untuk faedah peribadi. - SH

4 comments:

  1. mmg lah 1MDB tak dpt apa, yg dapat tu lanun2 yang songkap duit 1MDB, Malaysian Officer 1 lah yg dapat sapo lai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serutu bro ..1mdb duit rakyat. Memanglah tak dapat manafaat. Rakyat tanggung je.

      Delete
  2. Mana pernah syarikat bawah kerajaan yang dapat manfaat. Semuanya non profit business. Profit adalah utk rakyat. Sekarang rakyat yg tinggai ada sorang ja. No IC: Malaysia 1.

    ReplyDelete
  3. Aku sorang tak rugi apa-apa..yg rugi tu yang ada perasaan tamak dan hasad dengki.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com