innity

pages

Tuesday, July 26, 2016

Pemuda UMNO Lapor Polis dakwa Tan Sri Zeti, KP SPRM Tan Sri Abu Kasim, Tan Sri Gani Patail Cuba Jatuhkan Najib


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis berhubung tiga individu berpengaruh di negara ini, yang dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia yang sah. 

Individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata beliau percaya individu terbabit sama ada secara perseorangan atau kumpulan terbabit, memberi maklumat dan dokumen sulit kepada agensi di Amerika Syarikat, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). 

Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara. 

"Maklumat dan dokumen sulit yang diberikan mereka itu sebahagian besar sudah direka, dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan jahat," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Khairul Azwan meminta pihak polis segera melakukan penyiasatan terhadap laporan itu. 

Ditanya mengenai bentuk dokumen diberikan tiga individu terbabit, beliau berkata, hanya berkongsi maklumat berkenaan dengan menteri yang bertanggungjawab. - Berita Harian

22 comments:

  1. Siapa menteri tu ya? Beranilah Jgn takut... Berani kerana benar bro...Jgn jd pm penakut


    ReplyDelete
  2. Aku kenal budak kanyiak ni konon pelapis pemimpin masa depan ..muda2 pun dan betuhan cash..otak & sikap hampas !!! dah nampak jenis yg akan memalukan bangsa melayu..jgn aku dpt bedepan dgn budak sial ni akan aku tempeleng biar dia buat laporan polis..teringin juga nak jumpa mak bapak budak ni mungkin mereka sebaya aku ..tak guna besarkan anak pemalas dan kurang ajar..KJ your political career is prematurely dawning ..sick of your arrogance and proven hypocrisy.. What happen KBS RM 100 ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah dia ni bro. Tak lama je lagi. Muka dia pun kita tak nampak lagi. Kalau ada pun dia kat sungai buloh. Dia ni pun samun boleh tahan jugak ni ..haha

      Delete
    2. Jgn lupa,ajak saya...nak saya lempang dia dgn mak bapak dia sekali saya lempang. Mcm ni ke didik anak? Kurang ajar betul la. Menyirap betul darah aku ni bro!!!

      Delete
    3. Bagus.. I sokong.. I pun nk bg penyepak...

      Delete
    4. La,kata kenal budak tu. Tentu kenal juga makpaknya. Pi terus jumpa lah..tak payah dok hingaq kat sini.

      Delete
  3. Perghh.. kompom jadi menteri lepas ni...

    ReplyDelete
  4. Adik Khairul, hg jgn merepek lah.kecik2 dah nyanyuk.hg kurang lagi makan garam tk perlulah nk buat kenyataan merapu silap haribulan hg kena saman dgn ketiga tiga Tan Sri tu tk cukup tanah hg lari nanti.

    ReplyDelete
  5. Jadinya perbuatan salah kat malaysia tak boleh diadukan kat sesiapa. Terpulanglah nak siasat ke tidak. Kat malaysia ni pencuri kena lindung dan yg bagitau mencuri ketangkap. Whistleblower Act dah terbalik.

    ReplyDelete
  6. Bro kenalah buat kerja. Kes dia pun maaih pending ...hahaha

    ReplyDelete
  7. Macam ni ke tahap pemikiran bakal pemimpin Malaysia?
    Isu sebesar ini pun masih buta hati.

    ReplyDelete
  8. Kan lebih baik siasat Najib sekali. Baru lah adil

    ReplyDelete
  9. Dokumen sulit yang dipalsukan?! Tang mana yang palsu? Tang mana yang sulit? Laporan polis tu nak cerita saman pasai apa? Pasai memalsukan dokumen yang sulit ka? Penin laaa.

    ReplyDelete
  10. Dokumen sulit yang dipalsukan?! Tang mana yang palsu? Tang mana yang sulit? Laporan polis tu nak cerita saman pasai apa? Pasai memalsukan dokumen yang sulit ka? Penin laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah pemuda umno semua tau..
      Mana palsu n Yg tak palsu... Kalau kat USA tu palsu keluarkan Yg Tk palsu
      ...rupanya laporan audit negara bukanlah di osa... Sebab pemuda tau Yg mana palsu n ori

      Delete
  11. Dah nyanyuk ka pa..... Ketua Polis pasai pa x tmasuk skali. Lagi 1 saman la wsj & tunjuk bukti klau benar...

    ReplyDelete
  12. Budak Budak umno ni dah makin bodoh. Jangan haraplah nak jadi pemimpin!

    ReplyDelete
  13. Baik kau saman rakyat malaysia yg dah tak mau najib lagi....kan lagi power? Kecik2 dulu tak nak mampus,dah besar nyusahkan org.
    Nak sangat saman,pergi saman igp tu pasal apa tak abis2 lagi siasat. Bodoh betul la

    ReplyDelete
  14. tak tau pun mamat ni naib ketua pemuda..

    ReplyDelete
  15. Akauntan boleh tuduh x gabenor bank negara menipu? Adooiiii...... CEO CIMB pun admit salah tadbir urus 1MDB adalah punca kpd. krisis menjadi kemelut.
    Ingatkan pi Dang Wangi nak check saman trafik..... bangang punye pemuda.... Orang dok sibuk cerita lain dia pulak reka cerita lain.
    Minta maafle Tan Sri bebudak macam ni je yang ada kat Malaysia ni....sorong papan tarik papan suruh makan dia makan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan apa???

      MAKAN DEDAK!!!!

      Kahkahkahkahkah...

      Delete
  16. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun...

    Future Minister Pemakan Dedak!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com