innity

pages

Monday, July 18, 2016

Pemakan Dedak HINA BAPA TUN M dengan Gelaran KUTTY, Sila Merangkak Minta Ampun Dikuburnya


Pada para macai dedak Najib yang selalu hina bapa Tun M dengan gelaran kutty sila pergi minta ampun di kuburnya.

Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang masyhur di Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan “School Certificate” beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang pendidik.

Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang pendidikan.

Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru itu. Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat diatasi.

“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah.

Terdengar sahaja bunyi batuk ketika beliau pulang sudah cukup untuk kami bertempiaran lari mencari buku.” katanya dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam buku Mahathir

Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun.

Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya.

Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang pendidik yang tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek pembangunan Malaysia selama 22 tahun.


- Mahathir The Legend












8 comments:

  1. KESALAHAN yg dilakukan oleh org lain,namun penghinaan pula kpd manusia yg telah menabur jasa kpd negara tercinta. Ingatlah,satu saat satu ketika nanti, mereka yg menghina tetap menerima padahnya. Mengenali Tun adalah satu pengalaman yg amat berharga. PASTINYA mereka2 yg menghina ini langsung tidak mengenali beliau. Allah Maha Kaya....tunggulah bahagian kalian.

    ReplyDelete
  2. Penghinaan org kepada Tun dan bapanya pun kurniaan Allah juga. Semua yg berlaku itu adalah kehendak Allah..tak usahlah kita nak kata apa..Tun jadi pm selama 22 tahun dan apa yg dilaksanakan ada lah perancangan dan kehendak Allah..kita cuma mampu berkata alhamdulillah..itu pun kalau diberi oleh Allah..renung dan tahkiklah...

    ReplyDelete
  3. Respect Tun M.

    ReplyDelete
  4. Jangan sesekali cuba menghina
    Pada orang yang banyak berjasa
    Banding kan awak entah kemana
    Allahyarham pendidik sianak bangsa

    Zaman dahulu negara tak maju
    Orang Melayu kurang nya ilmu
    Apa lagi gemarkan buku
    Allahyarham pelopor sebagai guru

    Semoga Allah cucuri rahmat
    Warisannya pula amatlah hebat
    Arkitek pembangunan negara keramat
    Satu dunia mengangguk hormat...


    ReplyDelete
  5. X kira la kutty ke x ke yg pasti madey tu maksum ke x wat dosa? PH sendiri pn berbalah nk terima dia inikn plak nk tonjol dia penegak kebenaran plak. Jahat2 Najib masih bole terima ahli pas walau beza pemikiran. Madey dari muda sampai ganyut ni ada dia nk berbaik ngan pas? Hentam islam depan belakang. Macam ni yg ko cakap negarawan? Negarawan negara israel bole la.

    ReplyDelete
  6. KORANG PANGGIL TOK NAJIB LANUN BUGIS TAK APA YER.PANGGIL MADEY KUTTY DOSA BESAR.KORANG BUAT BOLEH ORANG LAIN BUAT MASOK NERAKA NERACA MANA YANG KORANG PAKAI.HAMPET BENGONG MELANTUN2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab MELANUN tuh dah terbukti bersepah keliling dunia....tak boleh nak tutup walau di OSAkan!

      Kecuali Najib saman dan jawab dengan ikhlas dia tidak songlap dan terlibat.....itu pun susah nak paham????

      Yang bengkok akal cai Lanun-Bugis le.....

      Delete
  7. kepada AnonymousJuly 18, 2016 at 11:26 PM

    tun mahathir x maksum.najib pun x maksum juga..kena ingat tu hehehe.negarawan israel?ko sedar ke tido ni?mahathir la yang paling kuat menentang, memburukkan dan memalukan amerika dan yahudi di pentas dunia.x sama dengan yang sekarang ni.yang sekarang ni betul2 bersungguh2 nk berbaik dengan US sampaikan boleh pergi main golf sama2 dan naik kereta sama2 dgn pemimpin US tu..ko jgn nak buat2 tak tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com