innity

pages

Friday, July 22, 2016

PEGUAM: Tindakan "CIVIL FORFEITURE" oleh DOJ USA adalah PROSEDUR KES JENAYAH


TINDAKAN "CIVIL FORFEITURE" OLEH DOJ (DEPARTMENT OF JUSTICE) USA ADALAH PROSEDUR KES JENAYAH



Ramai yang terkeliru dan dikelirukan dengan perkataan sivil dan jenayah dalam isu tindakan Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah.

Menteri dan pemimpin Umno termasuk Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Dato' Seri Azalina Othman cuba menggunakan perkataan sivil tersebut untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil oleh DOJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah.

Adakah benar ia hanya satu tindakan sivil sepertimana yang kita faham di Malaysia sepertimana tindakan sivil untuk kecuaian atau tuntutan gantirugi? Kenapa US Attorney General Criminal Division yang mengetuai tindakan ini?

US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat.


Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

Apakah Title 18 US Code? 


Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code. Boleh rujuk di link http://uscode.house.gov/browse/prelim@title18/part1&edition=prelim

§981. Civil forfeiture

18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016
From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE


(a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:

(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.
18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016

§1956. Laundering of monetary instruments

From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING

(a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-

Walaupun seksyen-seksyen yang disebut tersebut adalah civil forfeiture tetapi tindakan yang diambil oleh DOJ adalah tindakan dibawah Undang-Undang Jenayah Amerika Syarikat. 


Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang.

Tindakan civil forfeiture ini adalah tindakan permulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil.

Walau apapun, fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak.

Bagaimana Polis Diraja Malaysia tidak menemui sebarang salahlaku jenayah sedangkan FBI menemuinya. Bagaimana Peguam Negara USA boleh mendapati ada salahlaku jenayah sedangkan Peguam Negara Malaysia boleh membersihkan PM. Perkara yang berlaku ini jelas memalukan negara di mata antarabangsa yang pasti memandang rendah sistem undang-undang dan keadilan negara yang korup.

PM harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas skandal terbesar yang menjatuhkan maruah negara kita. Ini adalah kerana di bawah Artikel 117 M&A 1MDB, PM adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang meluluskan semua pelaburan antarabangsa yang dimanipulasi untuk diubah dan disalurkan secara haram kepada beberapa entiti dan pemilikan aset-aset milik keluarga dan kenalan rapat beliau.

Dakwaan YB Tony Pua yang mengaitkan PM sebagai 'Malaysian Official 1' juga tidak dinafikan
. Malahan, kertas kausa civil forfeiture tersebut tidak pula membersihkan nama dan penglibatan PM.

Adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia terutama pembayar cukai apabila duit 1MDB yang diubah dan disalurkan secara haram ini dilakukan melalui pakatan bersama untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi.

Mungkinkah misteri derma RM2.6 billion sebenarnya wang 1MDB yang merupakan wang rakyat dan negara akan terbongkar.

FAIZ FADZIL
22 JULAI 2016

5 comments:

  1. kenapa keadilan amerika boleh guna malaysia official 1.kenapa tak terus terang nama yg terlibat.ini proses undang-undang bukan derama.boleh ker macam tu

    ReplyDelete
  2. Bila didedahkan sepatutnya berasa amat malu. Ini nak terjermah sivil bukan jenayah. FLOM seakan akan Marie Antoinette. Habis jatuh kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Najib,anak beranak Dan geng2 dah kantoi. Bersedialah diri utk tidur di sg buloh.

    ReplyDelete
  4. Malaysians hardly read. Nor do they have the brain capacity to either process information or store information. This is why Malaysians have a very short attention span, memory retaining problem and are also gullible.

    Example 1

    When Malaysians read they have this superb speed-reading capability that they have used during their schooldays especially during last minute slogging sessions days before the SPM examinations. They will pick up key words, process these words in a crude manner that would make sense to only them and that forms their understanding.

    So when the Attorney-General of the US Loretta Lynch conducted the press conference on the misappropriation of 1MDB sovereign funds, Malaysians pick up certain keywords, and they are:

    Riza AzizStepson1MDBPeople of Malaysia

    Simpletons put these six words together and they have a conjuncture that says “Malaysian Official 1 and stepson Riza Aziz together with 1MDB stole from the people of Malaysia.”

    I would have termed them as nincompoops or morons but for the purpose of this article I’d like to make them sound like a bunch of professional morons – hence the use of the term simpletons.

    The DoJ are applying for the seizure of assets “associated with an international conspiracy to launder funds misappropriated” from 1MDB.

    This is about people who took money from funds meant for 1MDB to profiteer and for their personal consumption.

    There are four people named in this civil forfeiture lawsuit and they are Riza Aziz who is the stepsonof Najib Razak, Low Taek Jho, or Jho Low, and Abu Dhabi government officials Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

    The four named above would now have to respond to the complaints filed in the lawsuit (show causeif you must, for the simpletons) to say to the DoJ that they purchased assets through legal means. This lawsuit can take up to seven years before it would come to a conclusion.

    My point here is, dear simpletons, Najib Razak whom you have linkedMalaysian Official 1 to be, is not named in this lawsuit. He is not a party to this process. Neither are 1MDB Official 1, 1MDB Official 2, and 1MDB Official 3.

    Neither is anything missing or seized from 1MDB as 1MDB is also NOT a party to this civil lawsuit. In a larger  scheme of things, it is 1MDB that is the victim of misappropriation and not a collusion partner to the four mentioned above.

    (Note for Simpletons: please read this paragraph 50 times). As Malaysians also have problems retaining memory, it is important to remember that the criminal investigation by the Royal Malaysian Police into the administration and governance of the 1MDB based on the PAC report is still ongoing. This is the same PAC report that has cleared Najib Razak from any wrongdoing and was signed in absolute agreement by its members which includes DAP lawbreaker Tony Pua. To add to that, Najib Razak is not being subjected to any investigation as announced not only in Malaysia and the US, but also in Singapore and Switzerland and a couple other countries. (Simpletons now go back to the beginning of this paragraph).

    ReplyDelete
  5. Memanglah civil kenkawan semua. Duit tu semua donation dan gift. Tulah pasal bukan criminal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com