innity

pages

Friday, July 29, 2016

Pegawai kanan Jabatan Peguam Negara bakal ganti Tan Sri Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?


Pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad bakal menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat.
Difahamkan pelantikan Dzulkifli yang juga Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet, Rabu.
Sumber memberitahu mStar Online, pelantikan Dzulkifli yang ditawarkan perkhidmatan secara kontrak itu berkuat kuasa pada 1 Ogos ini 
Menurut sumber itu, peguam berusia awal 50an itu adalah antara calon yang dinamakan sejak beberapa bulan lalu untuk menggantikan Abu Kassim.
"Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga dikatakan calon berpotensi untuk mengisi jawatan berkenaan tetapi beliau telah menolak perkara itu.
"Jadi, seorang lagi calon adalah Datuk Dzulkifli dan tentunya beliau layak," kata sumber itu lagi.
Pada Khamis malam, berlangsungnya majlis perpisahan terakhir buat Abu Kassim yang dihadiri pegawai tertinggi SPRM.
Seterusnya pada petang Jumaat pula, akan diadakan majlis paluan berundur buat Abu Kassim, juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mengikut jejak ketuanya menamatkan perkhidmatan di suruhanjaya itu.
Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 dan memohon untuk tidak meneruskan perkhidmatannya mulai 1 Ogos ini.
Selaras subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.
Bagaimanapun, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.
Sepanjang tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut. - mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com