innity

pages

Sunday, July 3, 2016

(PAS CELARU) Kenapa Haron Din, Hadi tak minta Najib cuti?


Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai 'pendirian celaru' dalam melawan rasuah di negara ini.
Ia berikutan kenyataan Haron yang menggesa supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya selesai.
Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya bersikap lebih'gentleman' dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama ekoran dakwaan terlibat dengan skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
"Kenapa Haron Din nasihat ketua menteri Pulau Pinang sahaja untuk berbuat demikian? Mengapa Haron Din tidak berani nasihat Najib juga untuk berbuat demikian.
"Apa pendirian Haron Din dalam kes skandal kewangan Najib? Mengapa Haron Din dan Hadi Awang diam seribu bahasa?
"Haron Din dan Hadi selaku ulama jangan ambil pendekatan berat sebelah. Jangan jadi gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Sehubungan itu, Khairuddin menasihatkan Haron dan Hadi selaku seorang ulama agar tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan bercakap perkara yang benar.
"Dalam Islam tak boleh ada unsur pilih kasih. Segalanya mestilah berteraskan kepada kebenaran. Ulama mesti bercakap yang benar. Jangan amalkan sikap pilih kasih," katanya lagi.
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Haron Din meminta Guan Eng menjadi seorang 'gentleman'dengan mengambil cuti atau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri selepas didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.
Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial. - MK

13 comments:

  1. Senang2 jer alasan/poin si Khairuddin ni guna untuk mencemuh Dr Haron Din dan Tuan Guru Haji Hadi. Mungkin dengan tujuan untuk mengelirukan awam, dia membandingkan dua kes yang amat berbeza. Guan Eng telah dituduh secara rasmi d mahkamah, sedangkan DS Najib d tuduh oleh para pariah2 politik dalam ceramah dan road-show.

    Siasatan terhadap DS Najib telah selesai. No case. (itu gerenti kamu orang kata ada konspirasi..) Siasatan terhadap Guanh Eng telah selesai; dan pihak peguam Negara yakin ada kes untuk Guan Eng jawab.

    Khairuddin,

    Jangan tunjuk bodoh sangat bulan2 Puasa ni. Gua geli baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni tak reti nk simpan bodoh utk masa depan. Pernah ke dia ni beritahu daripada seorang yg muflis tiba2 boleh jd makhluk senang lenang ke hulu ke hilir menabur dedak beracun? Duit bnyk tu siapa yg sponsor? Ckp bnyk sungguh mamat paska muflis tu...

      Delete
  2. Uĺamak ular la tiada pendirian

    ReplyDelete
  3. dengar lah apa kata tony pua... klu dah charge baru cuti... sekarang mana mahkamah yang charge DS Najib.. apa la din.. mahkamah dan minta LGE bela diri makna ada charge... kne la cuti.. bukan saya kata .. Tony Pua yang kata.. pengerusi DAP Selangor...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidil Fitri...bye

    ReplyDelete
  5. Cuba tanya Tony Pua....

    ReplyDelete
  6. Bukan celaru tapi komersial. Pak Aji Haron dah bercakap dah. Tak senyap macam dulu. Takut nanti projek dengan PM kena tarik balik. Dengar berjuta2 projek pembangunan.

    ReplyDelete
  7. Rakyat dah bosan dgn dolak dalih bn dan najib

    Bangkit lah rakyat dan tokoh besar

    Gulingkan najib dan bn

    Ayuh jelajah negara
    Bantahan seluruh negara

    ReplyDelete
  8. Marilah rakyat dan tokoh besar
    Bantahan seluruh negara

    Lumpuhkan bn dan najib

    Solidariti seperti sokongan ke pada lim

    Ayuh gegarkan raja2
    Yang mebisu dan boneka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhh....mcm bagus je ko ni
      Nk ajak org gegar malaya
      Nk bubuh nama sendiri kt sinpun penakut. Letak nama anon berani la sebut mcm hero.. letak nama mcm dlm ic ada berani?
      ....usin patalon...

      Delete
  9. Jgn ikut cakap pembangkang ni..dah banyak pembangkang buat tuduhan..onar..fitnah..pembohongan pembangkang tidak berkualiti lg dah..

    ReplyDelete
  10. patutnya bai toleh belakang dan ingat kembali sama ada bai pernah suruh bos bai iaitu madey bercuti meskipun di tuduh bermacam cara. kalau tidak bai akan jadi seperti kata dulang paku serpih aje...

    ReplyDelete
  11. Allah nembenci penipu dan penyalahguna kuasa WALAUPIN dia seorang Islam. JANGAN KITA SUKA pd org islam sebegini. Kerana Allah menbenci org sebegini maka kita juga mesti benci org itu.

    Allah membenci musyrik kerana tidak menerima agama Islam dan tidak mentauhidkan Allah, WALAUPUN orang sebegini dia baik dan jujur. JANGAN KITA SUKA dan menyokong orang yang dibenci Allah akibat syirik dan derhakanya pada Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com