innity

pages

Sunday, July 17, 2016

Parti Baru TUN M beri KELEGAAN kepada NAJIB, Beban dia TERTUKAR jadi BEBAN UMNO


Dengan sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan sebuah parti politik baru, ia secara tidak langsung merupakan sesuatu yang dapat melegakan hati serta perasaan Najib Razak.

Najib kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemungkinan beliau dijatuhkan sebagai Perdana Menteri sebelum tempoh penggalnya berakhir.

Melalui parti baru ini, ia tidak lagi bertujuan untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya untuk menukar sebuah kerajaan. Sehingga tibanya tarikh PRU 14, Najib tidak perlu bimbang apa-apa mengenai jawatan Perdana Menterinya. Jawatannya boleh dikira sudah selamat sehingga tibanya tarikh pilihanraya diumumkan.

Yang perlu dipertahankan Najib sekarang ialah kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun paling bermasalah, ia sudah menjadi beban kepada BN. Jika pengundi merasakan Najib dan segala masalah yang dibawanya adalah beban kepada kerajaan, maka menukar kerajaan adalah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk dilakukan.

Dalam pilihanraya umum, kemungkinan hanya Najib dapat dijatuhkan, tetapi kerajaan BN terus dikekalkan adalah sesuatu yang paling tipis dapat dilakukan. Lebih mudah menjatuhkan Najib dengan cara menjatuhkan BN sekali.

Mempertahankan BN dalam PRU 14 pula bermakna pengundi atau rakyat bersetuju untuk terus memikul beban Najib bagi tempoh lima tahun yang seterusnya. Mustahil juga BN terus dikekalkan tetapi tidak dibawa sekali beban yang berpunca daripada Najib itu.

Terserah kepada pengundi untuk memikir dan membuat pertimbangan mengenainya. Jika tidak mahu terus menerus menanggung beban Najib, tukarlah kerajaan dan kiranya sedia memikul lagi beban yang mungkin bertambah berat yang diakibatkan olehnya, teruslah memberi undi kepada BN.

Sebab itu kita boleh memahami jika Najib berasa lega dengan parti baru inisiatif Tun Mahathir ini yang bakal ditubuhkan bersama beberapa pemimpin yang dipecatnya daripada UMNO.

Beliau kini telah berjaya menukar beban yang ditanggungnya menjadi beban UMNO dan BN. Dengan parti baru yang bertujuan untuk menyaingi dan mengalahkan BN, bukan lagi Najib saja yang perlu bimbang mengenainya, tetapi keseluruhan pemimpin UMNO dan BN.

Najib juga tidak perlu risau lagi dengan kemungkinan hanya beliau seorang saja yang akan kehilangan kedudukan dan jawatan. Jika BN dapat dikalahkan, keseluruhan pemimpin UMNO dan BN akan turut sama-sama hilang jawatan.

Jika ada yang terlibat dalam kes rasuah, penyelewengan, mengumpul kekayaan secara haram, mencuri duit rakyat dan lain-lain kesalahan, semua mereka juga bakal berdepan dengan kebarangkalian pergi ke mahkamah dan menghuni penjara akhirnya.

Mungkin Najib sedang bercuti atau berada di luar negara ketika itu, tetapi jika beliau boleh meninggalkan pelbagai pesan di laman Facebook, Twitter atau blog miliknya sejak sambutan rumah terbukanya pada Hari Raya pertama lagi, mustahil beliau tidak terkesan apa-apa dengan parti baru itu jika ia benar-benar mengancam masa depannya.

Namun, apa yang kita lihat Najib seperti relaks saja dengan parti baru Tun Mahathir ini. Pemimpin lain seperti Zahid Hamidi, KJ, Shahrir Samad dan yang lain-lain nampaknya yang lebih risau dan berhujah macam-macam untuk menutup kebimbangan mereka mengenai parti baru itu. Najib sepenuhnya berjaya meletakkan bebannya menjadi beban kepada semua.

Mereka yang arif mengenai Tun Mahathir tentu memahami bahawa bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar cemerlang melahirkan idea membina Putrajaya, KLCC, lebuhraya dan pelbagai perkara yang tak terfikir oleh sesiapa, tetapi juga gemilang dengan rekod kejayaannya dari segi menumpaskan musuh-musuh politiknya.

Oleh itu, jangan cepat-cepat memperlekeh atau ketawa apabila melihatkan keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO masih juga tidak berjaya menjatuhkan Najib sepertimana jatuhnya Tun Abdullah dahulu kerana dengan parti baru yang ditubuhkannya, yang lebih mungkin akan jatuh selepas ini ialah sebuah kerajaan bersama seluruh pemimpinnya secara sekaligus.

20 comments:

  1. "jatuh selepas ini ialah sebuah kerajaan bersama seluruh pemimpinnya secara sekaligus."

    PASTIKAN DISERET SEKALI DENGAN BARISAN KABINET MRNTERI KE MAHKAMAH SELEPAS MEREKA TUMPAS PADA PRU 14 NANTI!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju. terutama ketua polis negara.

      Delete
  2. komentar yg taksub dgn syok sendiri... duduk di celah gelegar lah sampai bila2 dgn pemikiran daif ... jgn harap parti baru boleh tumbangkan BN dgn mudah dlm masa yg singkat ini ... DSAI yg hebat pun masih gagal dan terperuk dlm penjara ... dgn PKR dan DAP yg diambang kehancuran ... mimpilah yg indah ya sedara ... go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANON 7.19
      BN TERLAMPAU KUAT JADI MANA BOLEH DIKALAHKAN
      DSAI LEBIH CERDIK DRP TUN.....
      BN TETAP MENANG PRU 14..
      ....TAK BEGITU?????
      SO APA YANG ANON 7.19 NAK RISAUKAN......
      HEHEHE

      Delete
    2. REFORMASI Taik AnjingJuly 18, 2016 at 12:56 AM

      Muahahahahahaha.... Ada juga anjing mamaktun kata al-juburi tu lagi cerdik dari mamak kerala... Kesian mamaktun, pencacai dia pun nampak mamaktun tu lemah dah sekarang ni....

      Kalau kuat takkan calon parti kuali yang di sokongnya dalam prk sungai besar dan kuala kangsar pun boleh kalah teruk.

      Dulu cakap prn sarawak, bn menang kerana faktor adnan, tgk prk kuala kangsar + sungai besar, rakyat akan akan tolak najib... Tapi cakap mamak tu boleh campak ke laut dah la...

      Muahahahahahahaha

      Delete
    3. Tak risau .. komen jer give my perspective 😃

      Delete
  3. REFORMASI Taik AnjingJuly 17, 2016 at 7:49 PM

    Dulu sebelum prk sungai besar dan kuala kangsar dah berbunyi macam anjing pembangang yang suka menyalak walaupun suara tu disahkan kuat berbunyi melayu nya.

    Tapi bila kalah prk, tetap tak boleh terima hakikat, kini suruh orang lain 'lihat kejatuhan' umno pada pru-14 pulak.

    Akhirnya macam biasa, tunggu dan lihat untuk dibuang cakap anjing ala pembangang tu ke dalam tong sampah... Buat menyemak je dengar salakan anjing tu..

    ReplyDelete
  4. Aku nk tanya jujurnya tun dgn kata2 sendiri. Dulu minta najib turun untuk selamatkan umno/bn. Selepas itu tun laki bini resign dari umno. Masa tu tak pulak pujuk anaknya boboi resign sekali satu family (target lps anaknya dpt kuasa nk masuk balik umno - mcm dulu, zaman paklah). Kini tubuh pulak parti baru berganding dgn musuh politik zaman berzaman, dap. Juga parti yg tertubuh kerana usahanya pecat anwar dan tuduhnya peliwat, pkr. Selamba je tun, tak ingat apa yg dia pernah buat dan kata kat orang. Jenis melayu mudah lupa kot tun ni. Apa yg dia tak kata pd ki the siang, kini jadi beregunya lawan bn. Apa yg tidak dituduhnya pada anwar, kini nak gunakan pkr untuk lawan bn. Merapu sungguh tun dgn tindak tanduknya. Makin tua makin menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALU XNAK MERAPU SURUHLAH POKJIB BUAT SATU LAGI SYARIKAT MCM 1MDB......APA LAGI NAK DIJUAL????

      Delete
    2. UMNO MEMPERTAHANKAN 1MDB DAN NAJIB......UMNO BERSEKONGKOL DGN NAJIB......UMNO IS THE BESTTTT.....HAHAHA

      Delete
    3. Tanya dulu pada pok jib ttg 1mdb tuuuu
      .......

      Delete
    4. Projibbo jgn susah hati sbb umno tetap menang dan menongkat langit sampai kiamat...

      Delete
    5. lantak dia la nak biat apa. ini bukan negara komunis...tapi nampak mcm komunis gayanya. semua x boleh, semua nak dikawal

      Delete
  5. Ini semua salah najib kerana terima hadiah 2.6 ..masuk akaun peribadi pulak tu...penguatkuasa seperti polis dan sprm buat bodoh aje...jabatan jika terima hamper raya aje dah kecoh masuk suratkabar...baru RM 100...mcmana nak betulkan Msia jika pemimpin pun bengong.

    ReplyDelete
  6. Lihat kebelakang zaman keagungan Tun..ramai yg tak sehaluan dgn tun tubuh parti baru semangat 46. Mana semangat 46?..berkubur. macam mana Tun buat kat diorang skrg berbalik kpd Tun. Penubuhan parti baru yg dikelolakan Tun..insyaallah tak akan kemana berkubur juga akhirnya. Lebih baik Tun yg dah tua merehatkan minda dan pencen dri politik..

    ReplyDelete
  7. Melayu mudah lupa... yg menjatuhkan melayu bukan orang lain tapi orang melayu itu sendiri...sejarah telah membuktikan dan sering berulang...hanya disebabkan hasad dengki dan kepentingan diri...

    ReplyDelete


  8. Pelik la orang yang jadikan musuh politik sebagai musuh peribadi kekal sampai ke mati.

    Apa jenis politik yang boleh memutuskan hubungan silaturrahim, hubungan kekeluargaan, bermusuhan sampai ke anak cucu.

    Politik jenis apa tu?

    Politik matang ke tu?


    ReplyDelete
  9. KOHO TUA KOHO KUAT MEROYAN,INGAT NESIA NI MAK BAPAK DIA PUNYA KER.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak mau meroyan maka belasah jer dedak habis habisan....hahaha

      Delete
    2. Selama ni tak belasah dedak ker?..dari mkan dedak dan holy kotor dapig lebih baik makan dedak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com