innity

pages

Thursday, July 28, 2016

Negara macam koboi, kata PAS selepas siri insiden tembak

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan langkah polis membanteras jenayah selepas empat lelaki menembak mati seorang pemandu kereta dekat Jalan Genting Klang di khalayak awam semalam.
“Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?” soal Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 3.35 petang yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup itu, empat penembak yang tiba dengan dua motorsikal melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu berbangsa India itu.
Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.
Pemuda PAS turut mempersoalkan bagaimana peluru dan senjata api “boleh lolos dengan begitu mudah” ke tangan penjenayah.
“Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?” soalnya.
Mangsa semalam merupakan seorang pengurup wang, dan baru dua minggu membeli kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.
“Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya,” kata rakan mangsa dipetik Bernama.
“Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,” katanya.
Polis tidak menolak insiden itu mungkin ada kaitan dengan penglibatan mangsa dengan kumpulan jenayah. - FMT

3 comments:

  1. Apa pulak koboinya...sama2 gengster Ada prblm lantak diorg lah. Cuma polis kena siasat Dr mama diorg Ni boleh dpt senjata.

    ReplyDelete
  2. Mungkin H Hadi lupa kerajaan korap kaki Samun billiun2 yg jadi geng dia skrg ni lah yg melepaskan para penyangak,perompak,gangster dan segala macam penjahat melalui pemansuhan akta keselamatandlm negri ISA.Yg begitu byk berjasa kpd keselamatan negara.Malah Hasutan hampir mengalami Nasib sama

    ReplyDelete
  3. WOI P SIASAT SYARIKAT ANK KHALID TU.SIASATAN MCM DH LUPUS JE.CMNE X LOLOS PELURU DAN PISTOL PADA JENAYAH.JUAL MCM COKI COKI.ADA DUIT JALAN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com