innity

pages

Saturday, July 23, 2016

["NAMA TAK SEBUT MAKA TAK BERSALAH?] Najib lah Malaysian Official 1, kata Tun Dr Mahathir


Oleh Athirah Huda Zalhe - http://www.ismaweb.net/
KAJANG, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang sebut sebagai ‘Malaysian Official 1 dalam writ saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), baru-baru ini.
“Walaupun tak sebut nama Najib dalam konteks yang dia laporkan, tetapi individu yang ada duit AS$681 juta dalam Ambank Malaysia, semua orang tahu itu adalah Najib.
“Jadi, ini Najib lah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, penyokong Najib berpendapat apabila nama pemimpin mereka itu tidak disebut oleh DOJ maka ia sudah membuktikan kononnya Perdana Menteri itu tidak bersalah.
“Saya tidak tahu mengenai nama Najib tidak disebut, dan disebut nama orang lain.
“Tetapi penyokong Najib punya pendapat kononnya nama tak disebut, maka Najib tidak bersalah. Ini orang kata wishful thinking,” katanya.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan orang ramai untuk berhenti menuduh Najib sebagai orang yang dinamakan atau dituduh atas sebarang salah laku 1MDB.
Sebelum ini, Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
DOJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan mereka yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion ringgit wang 1MDB.
DoJ menamakan anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny. - ismaweb

4 comments:

  1. madey kutty lah yg bangang nak tipu rakyat guna maklumat fabricated yg dah dinafikan AG dan SPRM .... boleh pegi mampuhlah madey kutty tua nyanyok ... keling kerala bangsat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua nyayuk n kerling kerala tu la yg pernah teraju negara dan parti umno berpuluh tahun n jadikan malaysia ni maju n baik.ko pulak orang melayu tp adab dan budi pekerti melayu pun xde.

      Delete
    2. AG Apandir mcm tuan punyer komen

      Delete
    3. anon 8.03 ni budak lagi, mengundi pun belum pernah kott..
      apapun jangan tunjuk sangat.. malu rosmah n najib punya kaki spin bangang spt kamu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com