innity

pages

Friday, July 1, 2016

Najib sindir Dr M gagal bangunkan pengangkutan awam


SUBANG JAYA: Datuk Seri Najib Razak menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad kerana gagal menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Berucap di Majlis Perasmian Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling di Terminal LRT Putra Heights hari ini, Perdana Menteri berkata keadaan pengangkutan awam yang bermasalah kerana pemimpin terdahulu itu tidak menekankan pembangunan faktor mangkin ini.
“Bila saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, kita lihat bahawa salah satu cabaran kita pada masa itu…salah satu kelompongan yang berlaku dalam negara kita ialah masalah pengangkutan awam.
“Ini adalah kerana pemerintah sebelum ini yang memerintah selama 22 tahun tidak mengambil banyak perhatian dalam pembangunan pengangkutan awam dan menyebab berlakunya kelompongan, berlakunya kurang pelaburan, berlakunya sistem yang tidak bersepadu dan dimiliki oleh terlalu ramai pihak,” katanya.
Terletak di Persiaran Putra Indah berhampiran Pusat Komersil Putra Point, terminal ini menemukan laluan LRT Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang/Sri Petaling melalui laluan tambahan baharu sepanjang 35.1km. Membabitkan pembukaan 23 stesen baharu di sepanjang laluan, ia dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari, dan memanfaatkan dua juta penduduk Lembah Klang.
“Hari ini kita semua menjadi saksi bahawa kerajaan yang sama telah berjaya melaksanakan projek ini.
“Projek ini telah menelan belanja RM8 bilion dan merupakan satu inisiatif untuk menyepadukan perkhidmatan awam dan nadi pada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Najib sempat berseloroh dengan hadirin kerana sepanjang projek pembangunan LRT ini berjalan ia telah menyaksikan penukaran Ketua Pegawai Eksekutif sebanyak tiga kali.
“Yang mustahak kerajaan yang sama memerintah, CEO boleh bertukar tetapi kerajaan tidak boleh bertukar. Kalau CEO bertukar tak apa tapi kalau kerajaan bertukar maknanya faham-faham lah,” katanya Najib disambut dengan tepukan gemuruh. -FMT

16 comments:

  1. Ucapan paling bodoh.....hmmmm

    ReplyDelete
  2. Apasai asik salahkan bapak aku, kata Mukhriz.
    Sebelum bapak aku, bapak SIAPA, jadi PM......????
    Pulakkkkk dah! Nak salahkan bapak aku pulak,
    BAPAK SIAPA YANG JADI PM, sebelum bapak AKU.....????. tanya Hishamudin.
    ..............HEHEHE.
    BAPAK JIBUN lah, Tun Razak.
    Apa dia buat..........??????
    Cuma LKTP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik minah nanti kena soal...samakan tun razak dgn tun m

      Delete
    2. cik minah nanti kena soal...samakan tun razak dgn tun m

      Delete
    3. cik minah nanti kena soal...samakan tun razak dgn tun m

      Delete
    4. Tak perlu nak soal-soal - memang itu kenyataannya.
      Setiap PM ada sumbangannya, termasuk Ah Jib dengan hutang 53 BILLION.
      Belum cakap pasal rm800 billion hutang negara.
      Sumbangan Najib kepada rakyat Malaysia yang akan diungkit oleh anak cucu kita kelak.

      Delete
  3. Jadi, kenapa takut sangat nak tukar CEO? Atau CEO pergi bercuti dan biarlah siastan terhadap 1MDB dijalankan tanpa sebarang halangan? CEO ini pengecut, takda teloq dan suka bohong.

    Belanja shopping sakan tapi tak tahu yang wang tu daripada SRC kononnya. Ingat daripada sumbangan Pak Arab. Tapi duit Pak Arab tu kata dah dipulangkan. Nak bohong pun tak pandai. Ni nak kritik orang yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Jangan compare la hang punya pencapaian dengan pencapaian Tun M.

    ReplyDelete
  4. Sebab tu bila dia berucap, keluar buih kat mulut dia.

    ReplyDelete
  5. cacai2 tountahik dh meroyan2 bila Najib cuit sikit je nama Mahafiraun..

    bodoh bongok mcm tun m tu baik sgt.. kepala penyamun besar.. buat sistem apa utk rakyat pun bkn ikhlas tp sbb nk anugerahkan projek pd kroni..

    mcm kunun jasa buat Proton..tp Proton lah lubuk tun mamak menternak kroni. satu parts proton smpai 7 vendor.. lepas tu jual harga berganda2..akhirnya rakyat kena tipu sampai berdekad.. penyangak tua ini buat2 lupa dia lah perompak sebenar

    skrg nk tutup dosa lama yg byk termasuk lah pembunuhan rkyat yg xbersalah kes MEMALI 1986.. cacai2 tun m masih nk bodohkn generasi skrg.. Najib hanyalah punching bag pro tunmamak utk tutup kejahatan lampau nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada siapa baca macai ni merapu.......?????
      HAHAHA.......merapulah ko sampai mati.
      Najib cakap berbuih-buih mulut, ada siapa percaya.....?????

      Delete
    2. Antara kejahatan tun berbanding dengqn najib jauh bezanya tu... bagi projek pada kroni, tapi projek itu ada dan dapat dinikmati oleh semua rakyat malaysia termasuk anda. Manakala najib yang berkroni dengan jho low buat projek berbilion apa satu habuk pun tak bampak. Yang nampak surat hutang lebih 50b dan aset negara yang telah dijual pada negara lain. Memali dicetus kan oleh orang lain manakala altantuya mati melibatkan najib sendiri.

      Delete
    3. Ehemmm..... dah makan ubat ke belum?

      Delete
    4. Salam anoon 11:08..

      Komen tuan byk berunsur fitnah..jgn kita berckp kalau tidak tahu akan situasi sebenar lebih2 lagi kes memali..selidik dgn hati yg terbuka ikhlas kerana Allah taala dgn sedalam dalamnya dahulu..baru tuan akan tahu siapa sebenarnya yg bertanggungjawab terhadap kes memali..

      Sempena bulan puasa ni lebih baik menjaga adab bertutur kata..itulah sebenarnya AKHLAK seorg ISLAM..

      Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra. bahwasannya Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah membenci orang yang berlagak fasih dalam berbicara, yaitu orang yang memainkan lidahnya sebagaimana lembu yang memainkan lidahnya.” (HR Abu Dawud dan Turmudzi)

      Dari Ibnu Mas’ud ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Bukanlah orang Mukmin itu orang yang suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berkata kotor.” (HR Turmudzi)

      Delete
  6. Najib ni dah gila betul. Kesian dia. Tanda2 kehinaan dah mula nampak dah. Teruskan doa kita semua. Insyaallah Allah pasti bagi pembalasan.

    ReplyDelete
  7. Masi hidup lagi Tun M ni..blom kena jemput ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgu hang ngan keturunan hang dijemput dulu baru la tun menyusul sbb pejuangan tun blum selesai tapi xda apa nak hang pejuangkan..elok hang p dulu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com