innity

pages

Thursday, July 14, 2016

[MESYUARAT GEMPAR TUN M] Pemimpin Pembangkang, Penentang Najib BERKUMPUL di Yayasan Kepimpinan Perdana


PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perbincangan tertutup bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu diadakan di sebalik desas-desus Dr Mahathir akan menubuhkan parti politik baharu.
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang dilihat memasuki perkarangan yayasan itu bermula jam 2.30 petang.
Turut dilihat ialah bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, timbalan pengerusi DAP Teresa Kok, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke, naib presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Akin, bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin, dan pemimpin Amanah iaitu Anuar Tahir, Khalid Samad dan Datuk Mujahid Yusuf Rawa.
Tokoh lain yang turut kelihatan termasuk pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.
Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak hadir kerana dikhabarkan berada di luar negara.
Sebelum ini, Khairuddin membayangkan parti politik baharu akan ditubuhkan diketuai Dr Mahathir.
Katanya, parti baharu itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Dr Mahathir sebelum ini melancarkan Deklarasi Rakyat mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.
Kumpulan tersebut berjaya mengumpul lebih 1.2 juta tandatangan daripada rakyat menolak kempimpinan Najib untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. - FMT

1 comment:

  1. Tidak perlu mengarutlah kpd yg berhimpun di yayasan perdana tu. Dulu dulu pembangkang spt LKS dan seumpamanya tak penah masuk di
    yayasan perdana.. skrg mereka buleh masuk dan mesyuarat pulak tu...begitu lah kalutnya mantan pm kita...atau saja gimik politik... pelik juga TSM dan DMM tak ada sama...mcm ada yg tak kena jer.. sudah sudah lah tu Tun...patah balik beri sokongan kpd PM skrg...nak lihat LKS dan seumpama dgnnya lintang pukang..Tun nak apa lg..harta benda...kaya raya dah..anak cucu kaya dah..rehat jer lah..bertenang...beri kepercayaan dan sokongan kpd Najib...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com