innity

pages

Friday, July 22, 2016

Merungkai MISTERI ‘Malaysian Official One’ [JANGAN BIARKAN ANDA DISELUBUNGI MISTERI]

KUALA LUMPUR: Ada tiga perkara yang mencirikan “Malaysian Official one” atau “Pegawai Malaysia Satu”, nama samaran salah seorang yang didakwa terlibat dalam korupsi dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini.
Tiga ciri itu ialah:
1. beliau seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia; 
2. memegang kedudukan berautoriti dalam 1MDB; dan 
3. mempunyai pertalian dengan Riza Aziz, anak tiri perdana menteri yang merupakan orang di sebalik filem “The Wolf of Wall Street”.
Perkara itu dinyatakan pada perenggan 28 dan 29 dalam dokumen kira-kira 130 halaman yang disediakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang menyenaraikan salah laku pelbagai pihak yang dituduh menggunakan wang berkait 1MDB.
Hanya satu nama yang padan dengan ketiga-tiga ciri ini, sekurang-kurangnya dalam prasangka rakyat Malaysia.
Misteri ini antara hal yang paling banyak diperkatakan di media sosial hari ini, berikutan langkah DoJ mahu menyita aset 1MDB.
“Rakyat Malaysia tahu siapakah Malaysian Official one tersebut,” dakwa Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Wong Kah Woh.
Malah, Kah Woh menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan dan meletak jawatan atas apa yang disifatkannya sebagai ‘pengkhianatan mega’ terhadap rakyat Malaysia.
“Busuk ikan dari kepalanya, busuknya kini dapat dibau seluruh dunia,” dakwanya lagi.
Di sebalik nama seperti Riza dan ahli perniagaaan Low Taek Jhow (Jho Low), DoJ atas pertimbangan tertentu tidak mendedahkan identiti sebenar individu yang menurutnya menjadi penerima akhir kepada sejumlah wang yang dilesap.
BBC melaporkan Peguam Negara AS Loretta Lynch enggan menjelaskan mengapa nama “Malaysian Official One” tidak dinyatakan secara terus.
Laporan itu mengandaikan ia mungkin kerana Malaysia rakan utama AS dalam memerangi keganasan.
Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan juga membayangkan perkara yang sama.
“Jika kita baca laporan penuh, jelas (Malaysian Official One) merujuk kepada siapa. Masih ada perkiraan yang mungkin bersifat politik dan diplomasi yang diambil kira,” katanya.
1MDB diasaskan Najib sendiri pada tahun 2009 – selepas diangkat mengetuai pentadbiran negara – dengan matlamat membangunkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com