innity

pages

Thursday, July 28, 2016

MENTERI KKLW, Ismail Sabri SANGGAH dakwaan TMJ, 'Felda Tidak Pernah Lari daripada Landasan asalnya'

Selepas putera mahkota Johor membidas Felda kerana membazir wang rakyat miskin, menteri mempertahankan program kerajaan itu
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang Felda sudah tersasar daripada tujuan asalnya untuk membasmi kemiskinan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.
“Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.
“Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan,” kata Ismail ketika ditemui di Seminar Gagasan Pemikiran Tun Abdul Razak di Putrajaya.
Semalam, Tunku Ismail membidas Felda kerana menyalah gunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak.
“Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin,” katanya dalam wawancara diterbitkan di laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ismail Sabri, bagaimanapun, berkata Felda seperti juga agensi kerajaanm perlu mencari pendapatan sendiri.
“Sebab itulah perlunya adakan perniagaan kerajaan dan sebagainya,” katanya.
“Felcra dulu ditangung sepenuhnya oleh kerajaan dan kerajaan minta Felcra cari pendapatan sendiri supaya kerajaan tak perlu tanggung,” katanya merujuk sebuah lagi program membantu masyarakat luar bandar. - FMT

2 comments:

  1. tmj perasan bagus. asal ada pencabar jdt, maka akan dicari sahaja isu supaya moral team lawan goyah. nak soal tmj, kekayaan diraja tmj berasal dari mana? lahir2 sahaja tmj terus boleh kaya raya tanpa sedikitpun mengambil hak rakyat johor? kalau tmj dah kaya raya, jutawan malah bilionare, hanya membentuk team bola sepak dan membeli kenderaan2 mahal sahaja yang beliau mampu? tmj bukan sama taraf dengan orang kaya biasa, tmj adalah keturunan diraja johor! orang susah, orang miskin, papa kedana, orang gelandangan dan sebagainya yang terdiri dari rakyat johor atau pemustautin di johor juga menjadi tanggungjawab keluarga diraja johor untuk membantu. sudah tidak ada orang susahkah di johor darul takzim? maaf tmj, patik mengkritik tuanku kerana tuanku juga gemar mengkritik orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat mcm mana dia anak RAJA... TMJ pulak tu!
      Nanti kita jawab...
      Dianggap menderhaka pulak..
      so baca dan diam shj...
      Hidupbpun selamat....



      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com