innity

pages

Wednesday, July 27, 2016

[MANGSA BARU 2 MINGGU TUKAR KERETA KERANA DIEKORI] Pengurup Wang DITEMBAK Mungkin ada Elemen Kongsi Gelap


Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan kejadian pengurup wang yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini, hari ini, ada elemen kongsi gelap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata: “Hasil maklumat polis mendapati latar belakang mangsa ada terbabit dengan kegiatan kongsi gelap.
Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu namun menurutnya, mangsa mempunyai rekod lampau dan pernah ditahan pada 2014.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk minum bersama anak saudaranya di Setapak Sentral dan polis akan melihat secara keseluruhan aktiviti dan perniagaan mengurup wang mangsa.
Sebanyak 18 tembakan dilepaskan dua daripada empat lelaki bermotosikal mengakibatkan mangsa berumur 43 tahun yang memandu kereta Honda Accord, maut serta-merta, kira-kira 3.35 petang.
Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai 18 kelongsong peluru jenis 9mm dipercayai digunakan ketika kejadian.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ada 12 kesan tembakan pada cermin sebelah kiri dan empat pada cermin kanan kereta.
“Mangsa yang terkena 10 tembakan cedera parah di kepala, badan serta paha meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengurup wang itu baru dua minggu membeli kereta selepas mendapati ada pihak mengekorinya.
Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lalu, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.
"Baru dua minggu dia beli kereta Honda Accord itu. Dia tukar kereta selepas mendapati ada pihak memantau pergerakannya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com