innity

pages

Wednesday, July 20, 2016

Lelaki Bergelar Datuk Ditahan Ketuai Kumpulan Gangster


Seorang lelaki bergelar Datuk bersama tujuh pengikutnya akan didakwa di Mahkamah Majisret Johor Bahru esok, kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan itu dikesan aktif melakukan pelbagai jenayah termasuk pembunuhan, penculikan, pengedaran dadah dan memiliki senjata secara haram.

Ahli kumpulan terbabit yang ditahan berusia 24 hingga 41 tahun.

Pendakwaan akan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Saiful Edris Zainuddin.

Semua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan dan akan dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan, SOSMA 2012. - Buletin TV3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com