innity

pages

Wednesday, July 27, 2016

[LAGI KES TEMBAK ALA COWBOY] VIDEO VIRAL Lelaki Maut Ditembak Di Setapak Sentral


KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan yang mengakibatkan seorang pemuda maut di kawasan lampu isyarat berhampiran Setapak Sentral dekat sini, petang Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3.35 petang di Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord kelabu sendirian telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata,  penelitian menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kesemua suspek menaiki dua motosikal.
"Kedua-dua penembak adalah pembonceng kedua-dua motosikal tersebut.
"Siasatan di lokasi kejadian menemui 18 kelongsong peluru jenis 9 mm, selain itu 12 kesan tembakan didapati pada cermin kiri kereta mangsa, manakala empat lagi di sebelah kanan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Menurut Amar lagi, setakat ini, motif yang mendorong suspek bertindak membunuh mangsa masih belum dikenalpasti.
Sehubungan itu, pihaknya meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dan bukti kejadian itu supaya tambil bagi membantu polis menyelesaikan kes berkenaan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

1 comment:

  1. Ini kes gengster dgn gengster..padan muka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com