innity

pages

Friday, July 29, 2016

KSN: PELANTIKAN/PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

PELANTIKAN/PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DR ALI HAMSA·FRIDAY, JULY 29, 2016

Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan/ penempatan / pertukaran lima (5) pegawai kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti berikut:


1. Bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Dzulkifli bin Ahmad, Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Abu Kassim bin Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM);


2. YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 5 Ogos 2016 bagi menggantikan YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Zaini Ujang;


3. YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mulai 5 Ogos 2016 bagi menggantikan YBhg. Datuk Loo Took Gee yang akan bersara pada tarikh tersebut;


4. YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur yang ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi; dan


5. YBhg. Dato’ Sri Haji Mustafar bin Haji Ali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, adalah ditempatkan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mulai 1 Ogos 2016 menggantikan YBhg. Dato’ Sri Sakib bin Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.


TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Ketua Setiausaha Negara
29 Julai 2016

1 comment:

  1. kata tan sri abu kassim pencen secara sukarela, ni bukan pencen ni masih kerja tapi ditukarkan

    YBHG. TAN SRI DR. ABU KASSIM BIN MOHAMED YANG DITEMPATKAN SEBAGAI PAKAR PERUNDING INTEGRITI, FAKULTI UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com