innity

pages

Saturday, July 30, 2016

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin: Wujud persepsi negatif jika Peguam Negara terajui kedua-dua skim perkhidmatan


KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menyarankan agar kuasa hakim di mahkamah tinggi dan mahkamah rendah diasingkan.
Menurutnya, kuasa hakim bagi mahkamah rendah seperti mahkamah sesyen dan mahkamah majistret seharusnya diletakkan di bawah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Manakala, kuasa hakim mahkamah tinggi seperti Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan pula diletakkan di bawah Peguam Negara.
“Peguam Negara ialah ketua bagi perkhidmatan perundangan yang terletak di dalam badan eksekutif. Manakala, pegawai kehakiman adalah sebahagian daripada badan kehakiman.
Sekiranya peguam negara kekal menerajui kedua-dua skim perkhidmatan, saya gusar ia akan mewujudkan persepsi negatif tentang kebebasan kehakiman. Banyak pihak menyatakan pendapat yang sama,” katanya.
Ujarnya lagi, satu kertas cadangan telah dihantar oleh pihak Arifin kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan berhubung isu ini.
Dalam sistem yang sedia ada, pegawai kehakiman hanya ada satu servis iaitu kehakiman dan perundangan. Namun melalui perubahan ini, sebarang penukaran bidang perlu mendapatkan persetujuan dari ketua masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Arifin turut menyampaikan sokongannya jika Mahkamah Siber diwujudkan seperti yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.
“Kita alu-alukan dan sedang melatih pegawai-pegawai kami. Pegawai yang dilatih ketika ini tidak kurang dari 10 orang.
“Kita tidak akan bercakap soal menggunakan komputer tetapi lebih kepada kegiatan menggodam dan beberapa perkara lain,” jelasnya. - FMT

5 comments:

  1. Kenapa apandi dakwa lim pulop? Ni dah salah prosedur..makan rasuah najib la tu

    ReplyDelete
  2. Tokoh dan pentadbir telus dah kena suap. Cucuk hidung..ikat leher..semua takut dgn najib dah

    ReplyDelete
  3. Rakyat takut nak bangkit bantahan.

    Guling najib dan bn..

    ReplyDelete
  4. Makin e
    Mengila la najib tindas rakyat

    Rakyat dah kena suap kenyang
    Rakyat dah lena kena gula gula gula
    Rakyat pengecut
    Rakyat takut
    Rakyat tidor

    ReplyDelete
  5. Tun yg arif ..najib tak peduli itu semua. Sekarang ni nak lepas at all cost. Apa pandangan Tun dan rakyat can go to hell

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com