innity

pages

Friday, July 15, 2016

Kenyataan KSU Pakatan Harapan: Penubuhan Blok Pembangkang BESAR, "PHPlus", "PH & Co" dsb


Mesyuarat yang diatur oleh Tun Dr Mahathir semalam, yang diikuti dengan pengumuman penubuhan parti politik yang baru, perlu dilihat dari sudut yang luas.

1) Apa yg paling mustahak ialah, sy difahamkn, bahawa mesyuarat itu membincangkn keperluan diwujudkan satu platform yg besar, yg menggabungkn semua pihak yg menentang BN. 

Pihak2 itu ramai: Pakatan Harapan, parti2 pembangkang yg lain (eg, PAS, PSM, Saksama) NGO dan individu2 spt TS Muhyiddin Yasin, DS Mukhriz Mahathir dan DS Shafie Afdal. 

Bentuk sebenar platform tersebut boleh lahir dalam beberapa cara. Apa yg perlu diutamakan ialah wujudnya satu blok pembangkang yg besar, bersatu + kuat supaya berlaku apa yg diingini rakyat, iaitu perlawanan "satu-lawan-satu" antara pembangkang melawan BN.

2) walaupun PH berharap individu2 tertentu yg kini tidak berparti akan menyertai kami, namun kami memahami dinamika tertentu yg mungkin memerlukan parti baru ditubuhkan. Contohnya, Sabah punya dinamika politik yg unik. Justeru, sekiranya DS Shafie menubuhkan parti baru, kami memahaminya. Apa yg penting ialah PH bekerjasama dengannya di Sabah.

3) Satu lagi perkara yg penting dpd pengumuman semalam ialah tiadanya kenyataan menyerang mana2 parti pembangkang. Ini semangat yg penting. 

Parti2 pembangkang tidak semestinya bersetuju pada hari ini utk menubuhkan gabungan baru atau meluaskan PH. 

Kita berhenti serang-menyerang dahulu. Kita berbincang secara hati kehati. 

Akhirnya, blok pembangkang yg besar, bersatu + kuat itu tidak semestinya wujud hanya dlm satu bentuk yg formal. Ia boleh dalam bentuk "PH terdiri dpd lebih dpd 3 parti sedia ada", "PH Plus", "PH & Co" dsb.

// Saifuddin Abdullah, KSU PH.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com