innity

pages

Thursday, July 21, 2016

[KEBENARAN MAKIN HAMPIR] 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mohon rampas aset, sahkan RM14.16 bilion diseleweng


LOS ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.
Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.
Saman itu menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.
Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.
Mereka turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Saman itu menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan 1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.
Aset yang akan disita termasuk penthousesmansion, lukisan dan jet peribadi.
“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi
-ismaweb


PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB

Oleh kerana Utusan, TV3, NST dan The STAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini dan lebih mementingkan cerita artis maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.

1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.


2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).

3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.

4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion) ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.

5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.

6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.

7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.

8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.


9 comments:

  1. Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa ye Yg menubobohkan 1mdb? Bangang ke tak tau Kena tipu...tulah pandai tandatangan je...kasian Kena tipu..Nasib lah mempunyai pm Yg b###h

      Delete
    2. As much as dickhead like you just could not fathom that....mat saleh pun tahu BERKIAS....bengap tidak boleh diwarisi...

      Delete
    3. jd satu dose ke kalo tubuh kn 1mdb???abes tu yg 22 tahun tu berkuasa mcm2 die tubuh kn..ade gak yg gagal...nape xnk plak dihukum....

      Delete
  2. 'Malaysian Official 1' itu siapa? Rosmah atau Najib, aku rasa Rosmah sbb Najib mesti tak nak guna nama dia

    ReplyDelete
  3. Bayangkan duit kita dijadikan macam bapak depa punya. Main judi kalah depa ambik duit rakyat utk bayar utang. Memang kurang ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kuang ajo..dr zaman tun m lagi pemimpin wat duit kita macam bapak depa punya...kalox skrg ni kite rakyat hidup dh senang...dari legasi tun mahathir lagi depa duk songlap duit bilion2...

      Delete
  4. Biar negara luar yang dakwa
    Pendakwa malaysia di pecat
    Pendakwa malaysia dah di rasuah
    Muncul akhirnya kebenaran

    ReplyDelete


  5. Betul tu, 8.13, sempat jugak ko melawak.

    8.10,

    Sila rujuk pada muka surat 11, baris 6 hingga 10 tentang siapa dia 'Malaysian Official 1' dan baris 11-13 tentang siapa dia 'Riza Shahriz Bin Abdul Aziz..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com