innity

pages

Sunday, July 31, 2016

[JIKA SERINGGIT SEORANG,SUDAH RM15 JUTA] Rosmah seru lebih ramai tampil memberi derma

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri merangkap penaung Tabung Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.
Beliau berkata, purata kutipan setiap tahun tabung itu hanya RM1.5 juta, jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan populasi negara.
“Jika separuh daripada rakyat menyumbang seringgit seorang, sekurang-kurangnya Tabung Pahlawan dapat mengutip RM15 juta setahun,” katanya.
Beliau berucap merasmikan kempen Tabung Pahlawan 2016 yang bertemakan “Demi Perwiraku, Sekecil Mana Pun, Besar Pengertiannya” sempena Hari Pahlawan hari ini.
Beliau juga meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.
Ini amat mengecewakan memandangkan kerajaan menggalakkan setiap keuntungan syarikat haruslah diperuntukkan sebahagiannya bagi tujuan kebajikan masyarakat, melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Dari itu, saya menyeru agar syarikat GLC dan korporat memperuntukkan sedikit keuntungan mereka kepada tabung ini,” katanya lagi.
Beliau turut menggesa seluruh rakyat agar sentiasa memberi penghargaan sewajarnya dalam apa jua bentuk kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka.
Selain pengagihan sumbangan kepada bekas tentera, majlis tadi turut menyaksikan beberapa badan dan syarikat memberikan sumbangan, antaranya Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan sumbangan RM1 juta, Weststar Sdn Bhd (RM100,000) dan Pharmaniaga Berhad (RM50,000). - FMT

9 comments:

  1. 1MDB ada derma tak? Reza ada derma tak? Jho Low ada derma tak?

    ReplyDelete
  2. Derma bebanyak pun takpa. Kalau tak habis pakai nanti dia boleh pulangkan baliknke ?

    ReplyDelete
  3. Bukan derma
    Songlap duit rakyat namanya
    Dan bermacam lagi taktik nak tipu rakyar

    Rakyat makin leka dan lupa dan diperbodohkan

    Rakyat masih tidur
    Tak sedar diri
    Tak reti bezakan rosmah pisau cukur

    ReplyDelete
  4. Dia nak buat apa dengan duit derma tu - nak beli hanbag
    HERMES`or BIRKIN............????

    ReplyDelete
  5. Jgn lah beri konen negatif..dia menyeru supaya menderma..bukan paksaan..tak beri pun tak apa..klu beri lg baik untuk tentera yg menjaga keamaman negara. Yg dah terbelit dgn otak dan pemikiran yg negatif tu pasal apa..dah termakan dgn fitnah dan pujuk rayu musuh negara ker..pembangkang..insaflah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:34 pm.
      Kah kah kah kah
      kah kah kah kah
      kah kah kah kah
      Lucu ar lu punya komen !

      Delete
    2. Jgn bagi komen nagatif ye.
      Kalau komen nagatif tu mesti pembangkang.
      Kah kah kah.

      Delete
  6. Kalau makcik puaka ni yg bercakap suruh derma, automatik org jadi meluat..merapu..marah2.
    Tp kalau salah seorang balu tenteta yg memohon rayuan derma seringgit seorang..aku percaya, insyaAllah lima ringgit seorang pun rela menyumbang. Nak bgtau betapa org benci benau pd makcik puaka nih

    ReplyDelete
  7. Bukan tk nk derma,tp kami tk cukup duit. Kami dpt BRIM pun ngam ngam utk beli topap henset je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com