innity

pages

Tuesday, July 12, 2016

[JARUM KAFIR] Ucapan Aidilfitri papar gambar Rasulullah


Tindakan syarikat percetakan Cyberads Magazine menerbitkan majalah berkaitan ucapan Aidilfitri dengan memaparkan gambar Rasulullah SAW dan fakta salah mengenai Baginda dianggap perbuatan melampau.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat percetakan terbabit.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkata itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau.

“Percetakan majalah ini berkaitan Ucapan Aidilfitri namun ianya didapati lebih kepada unsur penghinaan terhadap agama Islam dengan memaparkan gambar Rasulullah serta beberapa fakta yang salah berkaitan sejarah baginda Muhammad S.A.W yang mengelirukan masyarakat,” katanya.

PPIM juga mendesak supaya syarikat percetakan tersebut tampil memberikan penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak berwajib yang lain diharapkan dapat bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit,” katanya.

Oleh Athirah Huda Zalhe, IM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com