innity

pages

Thursday, July 28, 2016

Isma anggap skandal 1MDB luar biasa, DESAK TUBUH Suruhanjaya Siasatan Diraja


Tindakan saman yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset individu dan syarikat yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah suatu perkara yang luar biasa.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, Isma bukan sekadar melihat tindakan DoJ berhubung skandal 1MDB sebagai suatu yang serius, bahkan luar biasa.
“Ini kerana ia amat bertentangan dengan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menegaskan bahawa tiada bukti daripada mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan daripada syarikat 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Apandi, dalam kenyataannya minggu lalu menegaskan bahawa tiada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.
Sehubungan itu, Isma mendesak satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap salah laku kewangan dalam 1MDB seperti yang dibongkarkan oleh kerajaan AS.
Terdahulu, DoJ AS memfailkan saman untuk menyita aset berkaitan 1MDB bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Meskipun nama Najib tidak disebut secara langsung di dalam writ saman itu, tetapi ‘pegawai atasan Malaysia’ yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ adalah Perdana Menteri yang turut memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB.
Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu.
Writ saman itu turut menyebut bahawa Peguam Negara Malaysia pada 26 Januari lalu mengumumkan bahawa akaun peribadi yang menerima bayaran AS$681 juta (RM2,751.07 bilion) adalah milik Malaysian Official 1.
Peguam Negara Malaysia secara terbuka menyatakan beliau menjalankan siasatan ke atas wang berjumlah AS$681 juta itu.
Ketika sidang media pada 26 Januari 2016, Peguam Negara mengesahkan bahawa “sejumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) dimasukkan ke akaun Malaysian Official 1” antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 dan pada Ogos 2013 sebanyak USD20 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan oleh Malaysian Official 1.
Peguam Negara Malaysia mengkategorikan bayaran itu sebagai “sumbangan peribadi kepada Malaysian Official 1 dari keluarga diraja Arab Saudi tanpa meminta apa-apa balasan.” - ismaweb

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com