innity

pages

Sunday, July 24, 2016

[HJ HADI: SAMADA NAJIB PERLU BERHENTI BUKAN URUSAN SAYA?] 1MDB: Hj Hadi kata Jangan sampai orang asing campur tangan urusan dalam negara


ALOR SETAR, Ahad – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak untuk tidak membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara ini.
Merujuk kepada kes siasatan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Hadi berkata, seperti rakyat lain, beliau sendiri mengharapkan agar ianya dilakukan secara telus dan adil.
“Apa yang penting kes ini mesti disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri. Jangan sampai orang boleh campur hal kita dan kalau itu berlaku, itu silap kita sendiri.
Sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti atau berhenti itu bukan urusan saya. Kita mahu ambil alih kerajaan secara demokratik dan bermoral,” katanya lapor Utusan.
Minggu lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan rasmi memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan 1MDB.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang telah dilesapkan daripada 1MDB. - ismaweb

15 comments:

  1. PAS makan dedak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. US DOJ melakukan siasatan mengikut kuasa yg ada pd dia terhadap kesalahan yg berlaku dlm negara mereka ke atas harta yg ada dlm negara mereka berdasar peruntukan dlm negara mereka.
      Ada kah itu mencampuri urudan negara kita ?
      Kalau polis anti dadah dlm negara kita tangkap rakyat amerika memiliki sejumlah dadah dlm negara kita yg dibawa daru negaranya dan dibicara serta di hukum mengikutvundang2 negara kita adakah kita telah mencamupi urudan negara mereka ?

      Delete
  2. Ooi..Adi. Orang tak boleh hormat ko lagi lah. Ko tak boleh fikir buruk baik. Ko cerita pasal moral? Siapa Yg tak bermoral satu dunia hina sekarang? Kawan baik ko kan? Sedondon pink kan?
    Ada masyukkk?..

    ReplyDelete
  3. Hadi terlalu lembut dgn Najib itu aki tak setuju.
    Hadi tak mahu Amerika camput urusan kita itu aku setuju.

    ReplyDelete
  4. Nak hrpkan jabatan btjwb pun bak 'harapkan pagar... pagar mkn padi' Xboleh dihrp 2x5 korupnya.... ularmak pulak dah jadi bisu dek pukulan dedak.... Maka tpksa laa guna cmpurtgn asing yg masih ada integrity.... sblom harta negara diperlingkop habis oleh geng si botak licin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction anon 2:02
      "Harap Pegar, Pegar Makan Padi. Pegar adalah burung Dan pagar tkkan mkn padi. Kita translate bulat2 Dr huruf jawi 'pha Dan alif'. Sekian harap maklum.

      Delete
  5. Ya Hadi Ya Hadi @ YA HUDI ... hu hu hu .. eater bran..

    ReplyDelete
  6. Orang mau tengok konsert Selena Gomez seksi pun bukan urusan lebai pas gak. Orang pempuan tak pakai tudung pun bukan urusan lebai pas jugak. Cakap lidah bercabang.

    ReplyDelete
  7. Terpaksa minum air sekejap nk bc dia punya kenyataan. Adooiii semua org nk adil. Tapiiii apa tindakan yg dia buat??? Your action please!!! Jgn jual teori sja.

    ReplyDelete
  8. HEHEHE....SIASAT SENDIRI.
    HEHEHE.........SEMUA SIASATAN SEPARUH JALAN, DAH DIHENTIKAN
    TANGNA-TANGAN AJAIB. Cer Haji Hadi pulak siasat sendiri,
    baru boleh guna HUDUD.

    ReplyDelete
  9. Harapkan jubah labuh dan sarban melilit kepala tapi tak tahu beza halal haram. Babi saja tak sentuh yang lain asal boleh rembat sampai roboh. Ini yang Pak Pandir heret tarik bawak balik ke rumah nak suruh bacakan doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KASAR LAWAK DEMO!HOK PAK PANDIR HERET TU KAMBING TUA SEBAT TU BERJANGGUT.

      Delete
  10. Memang aku tak peduli. Janji projek aku ni najib dah lulus. Pemimpin apa yg cakap dia tak peduli siapa nak jadi PM. Bodoh betul presiden PAS ni. Apasal kau pilih dia ni.

    ReplyDelete
  11. Kenyataan nak selamatkan tengkok oleh H Hadi,mcm pemimpin UMNO buat.Tapi rakyat tak bodoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com