innity

pages

Monday, July 18, 2016

Hanya PAS layak memerintah jika UMNO terkubur: Ridhuan Tee


Penganalisis politik dan penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata hanya parti Islam PAS yang layak untuk memerintah negara selepas ini sekiranya UMNO tidak lagi berkuasa.

Katanya, meskipun PAS berseorangan dan tidak akan menang dalam PRU akan datang kerana keluar daripada pakatan, tetapi PAS mempunyai prinsip.

“Mulianya manusia bukan kerana pandai bermuka-muka, tetapi kerana prinsipnya yang teguh. Apatah lagi cekal dan kental bersama Islam. Kemuliaan kita di sisi Allah, bukan kerana pandai menguruskan negara ini semata-mata, tetapi harus dilihat sejauh mana keberanian mempertahankan maruah agama suci ini daripada dicemari.

“Maka, jika ditakdirkan UMNO hilang kuasa, parti mana lagi boleh diharapkan untuk menjaga negara bertuah ini jika bukan PAS. Nak harapkan Amanah dan PKR? Mereka ini jelas sekali kuda tunggangan ultra kiasu.

“Ultra kiasu adalah DAP, MCA, Gerakan, MIC dan mereka yang menentang agenda Islam,” katanya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian bertajuk ‘Bingkisan buat UMNO dan PAS.

Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, bukan beliau sahaja berkata demikian, bahkan komen pembaca dari blognya, Tai Khai Eong berbangsa Cina turut mengutarakan perkara yang sama.

Khai Eong yang memberi komen dalam blog Ridhuan Tee berkata: “Prof, apa yang Prof tuliskan tentang ultra kiasu semuanya betul dan benar belaka. Liciknya mereka. Mereka sebenarnya, tidak mahu melihat orang Melayu atau lebih tepat, orang Islam maju. Mereka takut perniagaan dan pendapatan mereka hancur. Dan pelbagai lagi kelicikan ultra kiasu ini yang harus Prof tulis lagi.

“Walaupun saya penyokong kuat parti pemerintah sekarang, tetapi sekiranya parti pemerintah tidak lagi berkuasa, saya mengharap agar PAS lah penggantinya. Kalau lain, Islam hancur. Saya, walau bukan Islam, tapi saya faham benar tentang Islam.”

Justeru Ridhuan Tee berkata, UMNO dan PAS mesti berpolitik secara matang. Bersatulah, sama ada secara senyap mahupun terang, seperti yang dilakukan oleh parti politik ultra kiasu ini DAP, MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain.

“UMNO akan keseorangan nanti jika tidak bersama Pas, kerana dalam BN, hanya UMNO sahaja parti yang mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. Parti lain hanya menjaga perut mereka. Sampai bila UMNO akan terus menjadi kuat jika terus diasak kiri kanan depan belakang?

“Saya amat yakin jika UMNO dan PAS berpolitik secara matang, kerusi luar bandar semuanya akan menjadi milik mereka. Kerusi bandar, seperti biasa menjadi milik ultra kiasu. Kita masih boleh menang. Apatah lagi dengan sokongan Raja-Raja Melayu.

“Bila menang, jalankan pemerintahan secara adil, lantiklah zimmi Cina, India dan Bumiputera yang boleh diharap, seperti Helen Ang dan Lim Sian See, menjaga kepentingan rakyat,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. Tahniah prof atas rencana ini..seorang berbangsa cina yg memeluk islam faham akan politik negara sekarang. Mana melayu yg asal keturunan islam yg berpegang kpd kata-kata takkan melayu hilang didunia..kenapa tak faham tentang perjuangan islam..asyik bercakaran sesama sendiri untuk apa??..kepentingan perut sendiri??..berubah lah melayu dan jadilah islam sejati seperti prof ini..bersatu lslsm sejagat..kalau tidak..teruskan perpecahan dan hapuskan islam dinegara ini dan sokong ultrakiasu untuk pru akan datang.. perubahan ada ditangan melayu...

    ReplyDelete
  2. Pas tak layak sebab harta negara disonglap tapi lebai pas terlalu bodoh untuk memahami ekonomi, dan tak menegur setelah penyonglapan didedahkan. Pas ada prinsip?

    ReplyDelete
  3. Lebih rela pas memerintah drpd Dap Dan pkr.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com