innity

pages

Wednesday, July 13, 2016

[HAJI HADI & NAJIB DAH LULUS KE?] Tuan Ibrahim tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan, PKR Setuju


PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.
“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.
“Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.
“Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

“Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya.
PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.
Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
PKR setuju cadangan genjatan serangan Pas
Sementara itu, PKR menyambut baik cadangan yang dikemukakan Pas agar semua parti pembangkang kembali bersatu dan menghentikan serangan sesama sendiri.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian baharu Pas itu memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh dalam kalangan parti pembangkang.

“Kenyataan ini mencerminkan ketokohan Timbalan Presiden Pas (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) sebagai seorang pemimpin politik yang matang dan berpengalaman serta memiliki visi yang jauh dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan kepartian.

“Kita perlu bersetuju untuk kembali kepada meja perundingan untuk merangka sekurang-kurangnya satu pakatan kerjasama pilihan raya. Sekiranya kita gagal, kita akan mengkhianati harapan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya mencadangkan agar parti-parti pembangkang melaksanakan berhenti menyerang sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu Umno-BN dan mencari titik kompromi yang memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Dalam pada itu, menurut Azmin, PKR bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat dalam kalangan semua parti pembangkang, NGO dan individu-individu yang komited kepada agenda perubahan dalam masa terdekat.

“Sejarah membuktikan bahawa melalui perpaduan yang utuh dan berpegang kepada dasar bersama di kalangan parti-parti pembangkang, kita telah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen dua kali berturut-turut dan memperoleh majoriti undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Sebaliknya, perpecahan sesama pembangkang hanya akan menguntungkan Umno-BN sebagaimana yang terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini. Kita harus insaf bahawa perjuangan kita yang sebenar adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan musuh kita yang sebenar adalah Umno-BN,” katanya.

Sementara Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau hanya menanti arahan selanjutnya daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menzahirkan usaha-usaha mencari titik mula ini.

“Daripada titik mula itu barulah boleh dibincangkan bentuk atau syarat atau pantang larang yang perlu diambil kira untuk memastikan kebersamaan itu menguntungkan rakyat keseluruhannya.

“Saya sangat bersetuju supaya satu gencatan senjata boleh dilaksanakan secepat mungkin bukan sahaja oleh pimpinan parti-parti pembangkang agar tidak menyerang sesama sendiri tetapi ia perlu juga dihormati dan dihayati oleh pendukung pembangkang hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

8 comments:

  1. BAKAL PRESIDEN PAS GANTIKAN HAJI HADI

    ReplyDelete
  2. BAKAL PRESIDEN YANG AKAN MEMBUAT UMAT MELAYU ISLAM LEBIH DILEMBUKAN DAN DIKELDAIKAN OLEH CINA DAP A.K.A KETURUNAN CINA YAHUDI PENDATANG & PELARIAN JENAYAH DARI MAHARAJA CHINA.

    ReplyDelete
  3. gencatan smpi bile???dh dpt kuasa nnt berebut balik bergaduh balik...rakyat dpt ape???bodo punye politician..

    ReplyDelete
  4. contoh ustaz binatang khinzir peliharaan dapigs laknatullah.
    apa ke bodoh fikiran tahap khinzir punya Tuan brahim Tuan dapigs laknatullah.
    memusuhi parti saudara seagama sendiri sebaliknya di ajak berdamai dgn parti kapir laknatullah.
    Apa kejadah punya mausia bertopi kulit babi sekor ni.
    Haram mutallak punya Tuan brahim tuan dapigs laknatullah.
    cilaka dunia akhirat kau.
    dasar kemaruk kuasa. haramjadah

    ReplyDelete
  5. Yg paling cemas Assmin.... gencatan senjata patut dimulakan dlm parti masing... PKR perlu gencatan senjata sesama sendiri Team A dng Team B... PAS dengan PAN... dulu klu x ada gencatan sesama parti hanya gula gula politik murahan....Tun Momok perlu tubuhkan parti baru... baru meriah....

    ReplyDelete
  6. Legasi tinggalan almarhum nik aziz, sampai keringpun tetap akan membenci umno. Biar terpaksa bertongkat sayap, namun berbaik dgn umno tidàk sekali. Baka keras hati dan kesukaan musuh Islam.

    ReplyDelete
  7. Tim Pres PAS yg sangat sombong utk perpaduan sesama parti melayu. Dengan PAN pun belum tentu menang. Dengan DAP bolehlah berpeluk pelukan semula. Dapat kuasa sikit okaylah tu.

    ReplyDelete
  8. Apa yg bodoh sangat...klu berjuang untuk agama dan bangsa serta tanah air org melayu kena bersatu dalam satu parti..parti mana?.. pasti umno..klu tak jgn harap melayu akan terus perintah negara dimasa akan datang...lihatlah nanti klu tak percaya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com