innity

pages

Thursday, July 21, 2016

[GERAKAN RAKYAT 30 JULAI 2016] Majlis Presiden Pakatan Beri KATA DUA kepada PM Najib


KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
KATA DUA KEPADA PERDANA MENTERI

Rakyat Malaysia malah satu dunia digemparkan berita sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DoJ) malam tadi yang mengumumkan bahawa aset berjumlah RM4 bilion (USD1 bilion) yang didakwa diperolehi secara haram akan dirampas. Ini merupakan rampasan aset haram terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat. Sidang media tersebut secara jelas menyatakan bahawa antara 2009 dan 2015, hampir RM14 bilion (USD3.5 bilion) telah dikeluarkan secara haram dari 1Malaysia Development Berhad oleh beberapa individu termasuk Riza Aziz, anak tiri Dato' Sri Najib Razak, dan Jho Low, dengan pengetahuan dan kelulusan seorang individu yang diberi nama "Malaysian Official 1".

Maka, memandangkan betapa beratnya dakwaan ini, dan implikasinya kepada nama dan imej negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan ini menggesa perkara-perkara berikut dilaksana dengan segera:

1. Dato' Sri Najib Razak perlu mengambil cuti dari jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, oleh sebab wujudnya persepsi beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan oleh kerana isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut;

2. Kabinet perlu menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja - yang terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat di dalam isu ini - untuk menyiasat dakwaan-dakwaan berat ini; dan

3. Satu sidang Parlimen tergempar perlu dipanggil segera, supaya Dato' Sri Najib boleh memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan juga dengan ini memberikan kata dua (ultimatum) kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, bahawa sekiranya beliau dan Kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas sehingga Jumaat 29hb Julai, maka Pakatan Harapan akan bersama menggerakkan rakyat dalam satu tindakan politik pada Sabtu, 30hb Julai 2016 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Dato' Sri Najib.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP
Mohamad Sabu
Presiden Amanah
21 Julai 2016

7 comments:

  1. Sokong bantahan seluruh negara
    Isyallah jalan kita betul

    ReplyDelete
  2. Najib mesti letak ja

    ReplyDelete
  3. Najib mesti letak jawatan

    Suruhanjaya di raja tangkap najib. Rosmah. Riza dan sekutu najib nazri.salleh. noh. Dll yg kipas najib

    Dakwa habis habisan semua isu. Gst. Altantulya. Ambank. Peguam. Bank negara.

    ReplyDelete
  4. Bantahan di pahang besar besaran
    Malukan dan tangkap najib

    ReplyDelete
  5. Sebarkan kepada semua rakyat bantahan 30 julai

    ReplyDelete
  6. Bagaimana nak sebar supaya semua rakyat turun bantahan 30 julai?

    Habis habisan tuntutan rakyat kuasa rakyat

    ReplyDelete
  7. ADA 7 KERAT NK BUAT BANTAHAN APO.BAIK DOK UMAH DIAM2 MAIN SABUN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com