innity

pages

Sunday, July 17, 2016

FORUM di USIM: Tak salah guna ‘kafir harbi" dulu, kini dan selamanya

NILAI: Seorang agamawan kerajaan semalam mempertahankan penggunaan istilah “kafir harbi” oleh mana-mana pihak di negara ini, dengan berkata ia selari dengan ajaran Al-Quran.
“Istilah kafir harbi, dulu kini dan selamanya relevan digunakan, berdasarkan nas Al-Quran.
“Bila sebut kafir harbi, bukan bererti semuanya dihukum bunuh, ini menampakkan kelestarian Islam. Hukuman itu bergantung kepada tahap mereka memerangi Allah dan Rasul, mereka kena bunuh kalau mereka membunuh,” kata bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
Zamihan yang kini bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata demikian pada forum “Istilah Kafir Harbi: Kekal relevan atau tidak?” di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) malam semalam, membincangkan kontroversi ditimbulkan Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang melabel mereka yang menentang undang-undang Islam sebagai “kafir harbi” dan wajib diperangi.
Turut berucap ialah agamawan Umno, Fathul Bari Mat Jahaya, Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Engku Ali dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik.
Zamihan berkata mufti Pahang itu tidak pernah menghalalkan darah pemimpin DAP, yang diserang sebagai musuh Islam.
“Saya hairan ustaz tidak kira dari Umno, PAS dan PKR, bila mufti keluar kenyataan, kita cepat komen, sepatutnya tanya dulu mufti betul atau tidak.
“Saya sendiri berjumpa mufti Pahang, dia tidak mengulas tentang pertumpahan darah, dia kata (mereka yang melawan undang-undang Islam), wajar ditentang dari sudut pemikiran, tindakan serta perbuatan berkaitan RUU 355,” katanya merujuk Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Mei lepas.
Dalam nada sama, Fathul Bari berkata memerangi kafir harbi seperti dimaksudkan mufti itu ialah melawan “ideologi bertentangan Islam” yang dibawa DAP.
“Kadang-kadang ahli panel harbikan orang Islam, ini masalahnya, yang kafir harbi bukan Islam itu satu hal, ini kafir karbikan sesama Islam, jadi benda sebegini kita perlu berhati-hati, sebab itu kita perlu sepakat untuk menetapkan sesuatu,” katanya.
Sebelum ini, Forum Profesional Islam (MPF) berkata istilah “kafir harbi” tidak wajar digunakan dalam konteks politik di zaman ini.
“Ramai sarjana semasa Islam, seperti Syaikh Muhammad Abu Zahrah, Syaikh Abdullah Bayyah, Yusuf Qaradawi, Syeikh Wahbah al-Zuhayli, Dr Fahmi Huwaidi dan Dr Muhammad Emarah Syakh berpendapat kategori kafir harbi dan kafir dhimmi tidak lagi relevan dan terpakai dalam kerangka sosio-politik zaman moden hari ini,” kata MPF.
Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik sebaliknya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya menjernihkan isu kafir harbi kepada kerajaan, supaya mencari titik pertemuan.
“Kafir atau tidak kafir, itu hak pemerintah, kerana pemerintah kena tentukan kerana ia melibatkan darah, kerana ia melibatkan nyawa manusia, kalau dibiarkan kepada orang kebanyakan, akan berlaku kucar kacir.
“Tetapi yang penting semua sepakat dalam beberapa perkara iaitu sebagaimana bukan Islam duduk dalam negara Islam, mereka itu warganegara, mereka itu bukannya kafir harbi.
“Tugas kita mendakwah mereka bukannya belum apa-apa lagi kita ‘baruakan’ mereka,” katanya. - FMT

2 comments:

  1. Inilah agamawan malaysia yang ada, sibuk berbincang tentang kafir harbi apabila korup, penyelewengan, kezaliman berlaku di negara ini.

    Adakah rakyat perlu menderita seperti negara lain baru hendak bertindak?

    Dah terhantuk baru nak menadah? Apa nak jadi dengan rakyat negara ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAKPO MUNG TADOK NASI NOK MAKEY KE.KALU TAK SUKA KERAJAAN NAJIB TUNGGU PRU14.MASO TU MUNG BUATLA GAPO PUN PONG,UNDILAH MUNG NOK UNDI SAPO PONG.TAPI LONI MUNG KENA AKUR YANG BN ADALAH KERAJAAN DI MESIA.TOK NAJIB PM MESIA.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com