innity

pages

Tuesday, July 12, 2016

Ezam: Status sulit laporan 1MDB jelas salah


Bekas senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengkritik pengelasan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Katanya, OSA tidak boleh diguna pakai melainkan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan sahaja.
“Guna pakai OSA dalam laporan 1MDB jelas salah dan perlu diperbetul,” katanya di Twitter.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menuntut kerajaan mengubah status laporan itu.

Desakan itu dibuat atas alasan supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga 1MDB.

8 comments:

  1. Datuk Seri Najib sila ambil perhatian, ini pandangan orang lain dan selaku Perdana Menteri kena sensitif pandangan orang lain demi untuk kebaikan. Semua maklum PM adalah orang yang ada maklumat tentang kehilangan 7 biliun dollar kerana DS adalah bapa 1MDB. Menafikan atau menjaja ini suatu fitnah tidak diterima oleh rakyat.

    ReplyDelete
  2. Propaganda dan putarbelit najib
    Akhirnya matilah najib dalam
    Keburukan hina

    ReplyDelete
  3. Jgn menuduh benda yg kita tak tahu dari asal mula hingga kini. Jgn letak semua kesalahan kpd pm. Siasat lah dulu..dlm 1mdb tu ramai para pegawai dan kakitangan yg bekerja yg telah beraku janji untuk membina dan tadbir urus syarikat. Bukan pm sorang yg buat salah..kalau para pegawai yg diberi amabah buat salahlaku
    Tak kan pm sorang yg nak
    tanggung..disini natizen tidak adil dan tidak bijak serta bodoh dungu..sekolah tinggi sampai u dan ada phd..tapi bodoh..fikir fikir lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heran kenapa kita selalu memperbodohkan orang tidak sehaluan dengan kita

      Delete
    2. Bang..semua keputusan yg melibatkan transaksi billion2 cuma boleh dilakukan oleh pihak tertinggi dalam pengurusan termasuk atau terutamanya najib/rosmah sendiri.

      Kalau ada salahlaku oleh mana2 pihak dalam pengurusan tertinggi ini sudah tentulah awal2 lagi sudah diambil tindakan segera.Melainkan kalau ia dilakukan dengan arahan/restu dari pihak yg sangat berkuasa dalam 1mdb(baca kerajaan)itu sendiri.Siapa yg paling berkuasa dalam 1mdb??

      Pendedahan Sarawak Report tentang penyelewengan/kehilangan USD7b atau RM28b tidak dapat dijawab oleh sesiapa melainkan menuduh SR membuat fitnah.SR dapat maklumat yg terbocor dari laporan ketua audit negara yg telah di OSAkan.Kenapa pula jadi rahsia negara sedangkan dulu najib sudah berjanji semua laporan siasatan adalah telus dan akan didedahkan kepada rakyat?

      Kenapa tidak didedahkan saja hasil audit itu supaya umum tahu dan dapat dibandingkan dengan maklumat dari SR siapa yg benar dan siapa yg berbohong??

      Kenapa terlalu banyak benar putar-belit??

      Delete
    3. Tunggu audit...
      Tunggu audit...

      Bila dah audit..OSAkan je...
      Si bodoh dan si bangang tetap sokong punya..

      Delete
  4. Betul anoy 11.05...Sekarang ni banyak sangat economist yg berkelusan PHD..

    ReplyDelete
  5. Habis yg masuk dlm akaun Ambank dia tu apa? Yg derma dah jawab walau pun tak logik.... Yg dari SRC apa citer?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com