innity

pages

Friday, July 29, 2016

Dzulkifli, dari Pejabat PEGUAM NEGARA AMBIL ALIH Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Abu Kassim BERSARA Awal, Timb. Pesuruhjaya DITUKAR jadi KP Imigresen

KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini menamakan timbalan pendakwa raya di Pejabat Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad, sebagai ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang bersara.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen.
Dzulkifli berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya dan mengetuai Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), pasukan yang antara lain turut disertai wakil SPRM, polis, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam.
Beliau juga merupakan anggota lembaga Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Sebelum ini, Abu Kassim dilaporkan tidak akan meneruskan perkhidmatannya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini atas permintaannya sendiri.
Ali Hamsa berkata permohonan Abu Kassim mendapat perkenan Agong. Abu Kassim dilantik ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010, dan paling menonjol di kemuncak penyiasatan pelbagai agensi kerajaan ke atas syarikat milik negara 1MDB tahun lalu. - FMT

Perutusan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Perutusan TKP Mohd Shukri Abdull

Perutusan TKP DS Mustafar Ali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com