innity

pages

Saturday, July 23, 2016

[TIDAK WARAS?] Dalam Keadaan Beginipun, Pemimpin masih kata TIADA KECURIAN WANG 1MDB, ini sudah 'betul2 gila'


DALAM KEADAAN BEGINI PUN, PEMIMPIN KITA MASIH MENGATAKAN TIADA KECURIAN WANG 1MDB

Apa yang jelas dan nyata berikutan tindakan Jabatan Kehakiman AS melakukan penyitaan hartanah dan aset terbesar dalam sejarah negara itu ialah kerana mendapati adanya penyelewengan dan kecurian wang melibatkan dana 1MDB.

Kecurian wang yang dikesan oleh Jabatan Kehakiman AS ialah sebanyak AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta. Hartanah dan aset yang mahu dibekukan dalam saman Jabatan Kehakiman ialah sebanyak AS$1 bilion atau RM4,000 juta.

Berdasarkan Laporan Audit 1MDB yang bocor dan masih diOSAkan serta Laporan PAC yang sudah dibentangkan, wang 1MDB yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat disahkan ke mana perginya ialah sebanyak AS$7 bilion atau RM28,000 juta.

Dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS dab FBI, mereka juga berulangkali menyebut mengenai kecurian wang berkaitan 1MDB yang bukan saja digunakan untuk membeli hartanah dan aset, bahkan juga berhibur dan berjudi di kasino.

Sehari selepas Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan penyitaan itu, Singapura juga memaklumkan mereka telah membekukan aset bernilai RM710 juta berkaitan Jho Low susulan siasatan terhadap 1MDB serta aktiviti penggubahan wang haram.

Bersama penyitaan oleh Amerika dan Singapura serta jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipercayai hilang, bermakna banyak lagi yang masih lesap entah ke mana.

Berdasarkan tindakan kedua-dua negara itu, akal yang waras akan mengatakan wujud bukti yang sahih berkaitan kecurian, kehilangan atau penggelapan wang melibatkan 1MDB.

Jika tidak, bagaimana pembelian harta, bangunan, kondo, jet, lukisan mahal, berhibur, berjudi dan sebagainya boleh dilakukan dan semuanya pula ada dalam rekod FBI dan Jabatan Kehakiman AS?

Malah dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS, turut juga disebut ialah mengenai wang 1MDB sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Malaysian Official 1.

Masyarakat seluruh dunia yang menonton video Jabatan Kehakiman AS pasti juga turut percaya wujud salah laku, kecurian dan penggunahan wang haram melibatkan 1MDB dalam sebuah negara bernama Malaysia kononnya dibanggakan dengan Islam sederhananya.

Tetapi, apa reaksi pemimpin, menteri dan macai-macai UMNO yang selama ini selalu terjelir tekak menjerit mengatakan mereka berjuang untuk rakyat dan negara?

Apa pula kata Peguam Negara Malaysia?

Salleh Said Keruak mengatakan, 1MDB tidak pernah mengatakan wangnya hilang atau dicuri. Sebelum itu, beliau juga menyifatkan serangan berterusan terhadap 1MDB adalah bertujuan menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Abdul Rahman Dahlan terus cuba mempertahankan Perdana Menteri dengan mengatakan tiada nama Najib disebut dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS itu.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa disebalik mengucapkan selamat berjaya kepada pembangkang yang mengaitkan nama Najib dengan tindakan Jabatan Kehakiman itu, turut berusaha memesongkan pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa 1MDB tiada aset di Amerika.

Yang lain-lain pula, termasuk Pemuda UMNO mengatakan semua ini adalah percubaan mencabar kedaulatan negara, cuba menjatuhkan kerajaan serta menyamakan dengan serangan Amerika terhadap Iraq dahulu.

Peguam Negara Apandi Ali berkata, tiada bukti daripada sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan menunjukkan terdapat wang 1MDB digelapkan.

Beliau yang berkuasa penuh menentukan pendakwaan serta pernah mengarahkan SPRM menghentikan siasatan sebelum ini menambah lagi bahawa tiada pertuduhan jenayah pernah diambil terhadap mana-mana individu atas kesalahan mencuri atau menggelapkan wang 1MDB.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar enggan mengulas dengan alasan pihaknya tidak dimaklumkan berkaitan tindakan Jabatan Kehakiman AS itu.

Apakah kita sepatutnya ketawa atau menangis dengan semua reaksi mereka itu?

Bagaimana pemimpin kita, termasuk Peguam Negara kita masih mahu mengatakan tiada kecurian atau kehilangan wang berkaitan 1MDB sedangkan Amerika dan Singapura sudah menemui bukti-buktinya, manakala lima negara lain lagi sedang melakukan siasatan yang serupa?

Apakah mereka tidak meneliti atau rabun terhadap segala apa yang dilakukan oleh Amerika dan Singapura itu?

Mengapa, jika benar berjuang untuk rakyat, negara dan kebenaran, tidak ada satu pun daripada pemimpin UMNO dan kerajaan yang mendesak agar dibuka semula siasatan, ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas atau dilepaskan daripada OSA Laporan Audit 1MDB?

- http://shahbudindotcom.blogspot.my/

9 comments:

  1. Macai dah kenyang makan dedak, dan juga sudah pekak dan buta mata!...astafirullah .....apa nak jadi dengan BN dan umno.

    ReplyDelete
  2. 22 tahun masa jadi PM ...* kita tah mahu dijajah oleh penjajah.. penjajah tidak lagi datang dng senapang atau meriam mereka guna cara kain utk mrnjajah*.. sekarang melutut minta US datan menjajah semula..banyak pemimpin mcm ini dari Utara Kedah lama... bukan saja suja dijajah islam pun dihancurkan oleh pemimpin mcm ini .. dng slogan..Malaysia is Fundamental Islamic State... islam madani.. hadhari dan lain2 lgi... itu masa berkuasa.... sekarang slogan Selamatkan Malaysia sambil bersekutu dng puak pluralist.. murtad.. syiah.. komunis evanglista DAP..lgbt dab gay... Sekogan Selamatkan Malaysia bererti Hancurkan Islam Di Malaysia ... semua pemimpin ini banyak dari Utara Malaysia. .. dari kedah lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah lagi bagus pemimpin yang ada sekarang, buka syarikat,ambik duit bagi kat anak,isteri dan kawan. Joli di meja judi. Bila tak ada duit nak bayar hutang jual harta negara. Memang la dulu bapak dia pernah jadi pm maka dia mungkin dia fikir segalanya harta mak bapak dia.
      Kalau kita tidak tahu, ada baiknya bertanya atau banyak membaca dan seterusnya berfikir guna otak kurniaan allah. Tapi kalau kita tahu apa itu kebenaran tapi senaja nak sembunyikan kebenaran maka tergolonglah kita dalam golong bangsat dan munafik.

      Delete
    2. Macai bodoo..duit kena rompak 14 billion masih nak tuduh bawa US untuk jajah..kalau tak bodoo bukan melayu..najib sembelih dengan gst dan naikkan tol pun masih sokong kepala perompak..geng2 najib idup mewah dari hasil rompakan 1mdb pun masih tak sedar diri..maacai2 idup merempat..

      Delete
    3. Bukan pm sekarang ke ye yg beriya2 sgt nk sain TPPA dgn US?

      Delete
  3. Sekarang 1MDB dah xda pilihan. Mereka terpaksa mengaku bahawa pelaburan mereka semuanya telah gagal. Sebab harta di syarikat2 yg dilaburkan semuanya telah disita. Hahaha. Sumber kewangan yg ada pada geng penyamun ni semunya dari syarikat2 yg buat bisnes dgn 1MDB. Selagi 1MDB xdpt buktikan wang pelaburan mereka masih wujud selagi tulah semua menteri umno terbukti bongok.

    ReplyDelete
  4. Bantahan rakyat 30 julai

    Mari tamatkan riwayat bn umno najib dan kroni

    ReplyDelete
  5. MASOK BULAN OGOS NANTI SENYAP LER RATIB PASAL DOJ SIASAT IMDB NI.

    ReplyDelete
  6. Dengar perbicaraan perompak plak..dapat tahu penderma arab nama almalik sheikul jho tahik lo.pujaan macai umno baru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com