innity

pages

Tuesday, July 19, 2016

[DEDAK NAJIB KAH PUNCANYA] Pemimpin PAS saling berlaga sesama sendiri

PETALING JAYA: Ketika Timbalan Presiden PAS menyeru parti pembangkang melaksanakan “gencatan serangan” sesama sendiri, pemimpin parti Islam itu akhirnya yang berlaga antara satu sama lain.
Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan pemimpin PAS pusat yang memperli dan membuat andaian terhadap 13 wakil rakyat parti Islam itu di Selangor mempertahankan kerajaan negeri kerana sayangkan jawatan adalah orang yang duduk dalam perigi buta.
Ini kerana kata Pesuruhjaya PAS Selangor itu, mereka tidak nampak manfaatnya kepada Islam dan rakyat sejak 2008.
“Ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.
“Jawab saya, mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008,” katanya menerusi status di Facebooknya semalam.
Kenyataan Iskandar itu dipercayai merujuk kepada dakwaan Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Najhan Abdul Halim yang kesal dengan wakil rakyat parti itu lebih sayangkan jawatan.
“Bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah, kita nampak dengan mata kepala kita sendiri.”
“Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja…sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti,” kata Najhan.
Semalam, 13 wakil rakyat PAS menyatakan sokongan terbuka terhadap seruan damai oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap semua parti pembangkang.
Kenyataan itu menuntut sebuah “pakatan pembangkang” bagi mempertahankan kerajaan negeri dengan syarat setiap parti saling menghormati prinsip masing-masing.
Adun PAS Meru, Dr Abdul Rani Osman yang turut menandatangani memorandum itu berkata, tindakan 13 wakil rakyat PAS Selangor menghantar memorandum kepada presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap seruan “gencatan serangan” antara pembangkang menunjukkan mereka serius mempertahankan kerajaan Selangor daripada jatuh ke tangan BN. - FMT

1 comment:

  1. Kebanyakan para pemimpin parti pas diketahui adalah berpendidikan agama Islam berpakdikan kepada nama parti iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS). Persoalannya sekarang setakat mana pemakaian hukum atau undang-undang Islam itu terhadap individu pemimpin PAS yang sering dalam ucapan merujuk dan memakai ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadith Nabi untuk mendapat sokongan rakyat. Kenapa tiada persepakatan antara mereka..kenapa ada kala tuduh menuduh sesama pemimpin pas..tuduh pemimpin umno yg majoriti beragama Islam?...kemana aliran ajaran agama Islam dibawa?..adakah untuk kepentingan pemimpin berkenaan..agama, bangsa dan negara?..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com