innity

pages

Wednesday, July 20, 2016

[DAH LEMBIK, KENA DEDAK?] Ahmad Said dilantik TIMBALAN EXCO



KUALA TERENGGANU - Rombakan portfolio enam Exco kerajaan negeri yang berkuatkuasa 1 Ogos depan telah menyenaraikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, beliau akan melepaskan dua portfolio iaitu Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang bakal diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee.
"Saya akan menguruskan hal ehwal Pelancongan dan Kebudayaan yang sebelum ini dipengerusikan Mohd. Jidin. Selain itu, saya masih memegang portfolio Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum serta Sumber Asli," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Info Rombakan Exco kerajaan negeri Terengganu
Menteri Besar : Ahmad Razif Abd. Rahman
Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan serta Kebudayaan.
Pengerusi : Ahmad Razif Abd. Rahman
Timbalan : Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman
Perindustrian dan Perdagangan
Pengerusi : Datuk Tengku Putera Tengku Awang
Timbalan : Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Pengerusi : Datuk Mohd. Jidin Shafee
Timbalan : Datuk Ahmad Said
Mohd. Mahdi Musa
Belia dan Sukan serta Sumber Manusia
Pengerusi : Datuk Rozi Mamat
Timbalan : Mohd. Mahdi Musa
Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau
Pengerusi : Rosli Othman
Timbalan : Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman
Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan
Pengerusi : Nawi Mohamad
Timbalan : Datuk Sabri Mohd. Nor
Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan
Pengerusi : A. Latiff Awang
Timbalan : Bazlan Abd. Rahman
Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Pengerusi : Roslee Daud
Timbalan : Mohd. Iskandar Jaafar
Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas
Pengerusi : Ghazali Taib
Timbalan : Mohd. Iskandar Jaafar
Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Pengerusi : Datuk Muhammad Pehimi Yusof
Timbalan : Datuk Sabri Mohd. Nor

6 comments:

  1. Kan ke Mat Said ni adun bebas setelah dia mengusulkan undi tak percaya terhadap Mb dalam persidangan Dun yg lepas. Tak kan nak tutup mulut kot!!! . Untuk Mat Said apa klas dari Mb ke timbalan exco!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah2 la nak jadi batu api tu wahai Anon 9:38... mak bapak awak jar mcm ni ke???

      Delete
    2. Kurrr...kurrr...mai2...dedak dah tambah lagi...sudah2...jangan berkokok lagi...

      Delete
  2. ...nak, ambik...tak nak sudah...

    ReplyDelete
  3. perut nak isi.apa2 cer.

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahuan anon 10.40.
    DUN bukannya tadika yg kita boleh buat sesuka hati . Sepatutnya speaker mengasingkannya kedudukan mat said ni drp barisan BN . Mungkin dia takut Dun akan tergantung dan terpaksa buat Prn yg mungkin tidak memihak ke BN .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com